Pages

Wednesday, August 15, 2012

WTF : Henyak kepala suami sebab tak dibeli baju raya..

assalammualaikum wbt dan salam lebaran..


kahkahkahkahkah..hampeh punya bini..dengan lesung batu kau tibai kepala laki kau sebab tak dapat baju raya..kahkahkahkah..nampak macam kelakar, tapi sedarkah beliau kalau nak tinggi suara dengan suami pon dah berdosa apatah lagi henyak terus..kahkahakah..

maaf aku cuba nak menulis dengan serius tapi tajuk berita ni buat aku tak tahan nak gelak..gelak-gelak jugak, tapi korang ambil la iktibarnya ok..dah gila sangat ke masyarakat kita harini..sakit jiwa aku rasa kalau sebab tak dapat baju raya dah begaduh sampai macam tu sekali..

So sedikit nasihat aku nak sampaikan untuk suami-suami diluar sana..belikan bini anda baju raya kalau tak nak kepala dihenyak dengan lesung batu atau objek yang lebih bahaya..LoL..



Saturday, August 11, 2012

Batman Dark Knight Rises

assalammualaikum wbt..

Sejak dah pasang streamyx kat rumah ni, aku rasa banyak je nak menulis..maklum la, start ramadan tu hari dah slow sikit aku blogging ye dak..haha..

kali ni aku nak ulas sikit citer yang baru aku tgk tadi..aku tau, dah agak terlambat nak ulas pasal ni..korang pon pasti ada pandangan sendiri lepas tonton cerita tu..cerita batman the dark knight rises..hehe..

Apa boleh buat..walaupon dah 2 minggu tayangan ni keluar..baru harini aku berkesempatan pegi tengok..cerita yang berlangsung lebih kurang 2jam setengah ni bagi aku boleh tahan la..tapi aku lagi kagum dengan cerita yang pertama..

Macam yang aku dah agak..permulaan cerita agak slow..batman pon dah sakit dan bercuti kejap ..apa daaa..bla..bla..bla..sampai akhirnya batman keluar balik kalah plak..tapi biasa la kan..hero kalah dulu..bla..bla..blaa..akhirnya batman jugak la yang dapat selamatkan gotham city dari bom nuklear..

Tapi elemen yang buat aku suka ialah tang jalan cerita yang tak dapat dijangka tu..terutama masa perempuan yang batman percaya tu sebenarnya dalang..adehh..apa nak buat..hero cair lebih dengan perempuan..standard la lelaki kan..hahaha..



Sampai penghujang cerita..disebabkan takda cara lain nak matikan bom nuklear tu..batman terpaksa la bawak bom tu ke tengah laut sebelum meletup dan dapat la dia selamatkan Gotham city dari musnah..lepas tu warga gotham city semua baru la sanjung batman balik selepas batman berkorban "kononnya" untuk selamatkan bandar tu..

Tapi yang aku tak puas hati..why batman tak mati masa bom tu meletup..dia lari celah mana sedangkan dia yang bawak bom tu ke tengah laut..walaupon dia duk 10batu dari letupan tu pon belum tentu selamat..hampeh..nampak sangat nipunya..hahhaa..

Aku punya la tak puas hati pikir camna batman tak mati sampai masa keluar dari wayang tu aku tak berhenti membebel aku kat bini aku sebab ketakpuasan hati aku ni..nak nipu pon bagi la pencerahan sikit macam mana batman boleh terlepas..

Kalau korang nak cakap aku bersifat jahat sebab asik mengharapkan orang baik kalah je tak kisah la..dalam death note pon aku suka watak light yang jahat tu lagi dari L..hahaha..tapi bini aku dengan rilek je jawab kenapa batman tak mati..

"sebab dia batman la"

apakah?..#$%@$#%&^


Thursday, August 09, 2012

Pesan Nenek..


Pertama sekali, gambar kat atas yang mewakili 3kaler ni bukan melambangkan pekida atau 3line..jelas sekali pekida yang 'memaling' kaler logo reggea..apa daa..kalau budak reggea Indon tau, sah laman sesawang pekida.com kena godam..ekeke..

aku tak nak burak banyak dalam entri ni..nak cerita pasal reggea malas..nak burak pasal pekida lagi la malas..kehkehkeh..aku cuma nak kongsikan korang dengan lagu ni..aku suka mesej yang diorang sampaikan..

p.s.pesan nenek aku yang selalu aku dengar..bawak motor elok2 je..




Rambut pendek disisir rapi
Rambut panjang tersimpul mati
Pedihkah mata dan hati
Melihat diriku begini..
Ke mana hilangnya... toleransi berdemokrasi
Kenali hati jiwa bukan rupa, jangan salah memuji
Kasih sesama insan woii
Yang penting saling menghormati..

Bukan kata yang diagungkan
Tapi perbuatan jadi ukuran
Jujurlah setia berkawan
Bukan insan meragut insan.. woiii
Malaysia maju aman, kan baik begini
Jangan mundurkan lagi
Pemikiran rakyat Jangan singkat
Jangan hidup sendiri
Jangan nak maki, kata nak caci Itu bangsamu sendiri..

apa nak di hirau kan mata sepet.. mata bulat..
kulit hitam..kuning langsat.. jalan lurus.. jangan sesat..
pipit sama enggang dah lama terbang bersama..
inikan kita manusia...
mengapa bermasam muka?

ku hormati kasar bisikan mu..
semalam..
perjuanganku utk trus hidup..
ku teruskan..