Pages

Friday, July 26, 2013

'Mintak mati boleh'...lulz.

assalammualaikum wbt..

Pejam celik, pejam celik kejap je dah 17 ramadan..ini bermakna dah 18 hari  la aku MC tak kerja dan akan terus berlanjutan seminggu lagi..boring jugak lama sangat cuti ni..hahaha...

Sejak awal puasa tu hari, aku tengok ramai la kawan-kawan post, baik status kat fb atau entri kat blog pasal puasa, iftar ni semua..macam biasa bagi orang yang baru berkawin, status gedik yang nak bagitau kebahagiaan dia bersama laki selalu la terpampang kat wall aku time-time puasa ni..

"ramadan lebih bermakna bersama suami"

"bersahur/iftar bersama suami di hotel sunway"

Adoila..nampak sangat aku anti dengan status-status kezen aku sorang ni..tu belum kira yang berkaitan anak..kahkahkah..
 
Nak je aku suruh KHK troll kezen aku ni..nak cakap dia ni budak budak lagi, dah jadi mak budak pon..hahaha..tah la...

Ni la akibatnya kalau terlebih berfesbuk..aku nak citer banyak pon tak payah la kan..kalau dah jenis attention seeker tu korang bayangkan la sendiri camne..habis semua benda nak citer...

Satu lagi yang aku perasan, member-member yang sekapal masa kaki chatting dulu memang kuat post status kat FB dan diorang semua masih aktif dengan group tu.ramai yang attention seeker gak kat sini..dan yang pelik tah macam mana tiba-tiba je aku boleh ada dalam group tu...

Ni pon satu lagi group yang tak berkembang dari dulu..hahaha..cuma yang boleh dibanggakan, diorang masih lagi frendly macam dulu.. tu terbaik..masih lagi invite aku untuk apa2 event..aku je malas join..hahaha..tapi group ni best la untuk aku troll dan tengok orang bergaduh..so sbb tu aku stay je lagi...hahaha..

Ingatkan bebudak yang suka chatting ni berkembang la kepala otak, rupanya ramai yang noob lagi..kehkehkeh...dah la jenis 'like' status sendiri, maki-maki dalam status macam budak kecik..adoiila..masing2 dah tua kot...boring betul bila aku nak troll perangai diorang ni, siap tanya balik apa yang aku cakap..noob sangat kay..hahaha..

Satu lagi pendedahan yang KHK buat memang banyak berlaku sekarang..tapi ramai budak2 yang baru up la buat camtu..suka sangat buat status pasal nak 'mati'..

ni  contoh je..banyak je lagi ayat ayat yang konon mintak mati ni..

pendapat aku :

"kita senang bercakap pasal nak mati bila kita tak nampak lagi bila kita akan mati dan tak rasa lagi yang ajal tu dekat dengan kita, tapi bila diri sendiri dah rasa berdepan dengan ajal, ade penyakit macam aku ni baru korang takut mati dan korang tak mungkin akan suka-suka nak cakap macam tu, dan masa ni baru la sedar kalau boleh taknak mati awal  pasal belum selesai urusan dunia dan belum cukup amalan,"

Citer ringkas Dairi Ramadan Rafique kali ni, aku dah kene cop muka betik sebab selalu sangat beli buah betik potong kat kedai makan sebelah rumah mak aku ni.. ni semua sebab masuk wad tu hari la depa asik bagi makan buah betik je..terus lak aku gila betik..hahahaa..

ok tu je nak burak..choww...

p/s : rojak buah betul entri aku ni..hahaha..

Saturday, July 20, 2013

Last Report


assalammualaikum wbt..

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak tulis pasal penyakit dan perasaan yang aku alami sekarang, tapi tak tau lak aku nak tulis macam mana...

huh..sekali tengok blog ni dah macam terlalu personal la plak..hahaha..so memang tepat la pilihan aku tulis entry kat sini kan..aku tengok kawan-kawan yang tau pasal blog ni pon dah macam tak terkomen entri2 aku..speechless ke apa?..hahaha..mungkin sebab entry kat sini dari side yang orang tak penah nampak lagi kot..hahaha..

yela, aku manusia biasa jugak..tak lari dari masalah dan penyakit..so ni la kehidupan aku yang korang leh nampak sekarang..walaupon aku cuba tak menzahirkan kesedihan dan kemurungan aku depan orang, aku tetap tak terlepas dari rasa tu..cuma ni la kot caranya aku boleh buat..meluahkan penceritaan dengan blog ni...

Seriusly aku memang tak mengharapkan simpati sesapa pon..kalau boleh aku pon taknak ade orang yang kesian dengan aku..kay la, aku taknak merepek banyak pon sebenarnya dalam entri ni, cuma nak kongsi sikit rakaman suara yang telah aku record kelmarin masa kat spital..

sound serabut sikit pasal dalam bilik tu ada 2orang doktor dan 2 patient..

Kan mcam aku dah cakap dalam entri lepas, doktor ni takleh ke bagi sikit harapan kat aku..hampeh betul..buat aku takut je..hahaha...takpela, lepas aku pegi jumpa pakar kat HKL nanti, aku tulis lagi apa yang berlaku..choww..

Thursday, July 18, 2013

The silent killer..

assalammualaikum wbt..

Harini 18 Julai bersamaan 10 ramadan orang islam berpuasa..tapi aku dah kurang 3 hari tak puasa sebab 1st day puasa tu hari aku kene jalani operation...dalam 4 hari aku kat wad, 2 hari aku terpaksa puasa malam yang jangka masanye lebih lama dari puasa betul..hampeh..ingat aku dah puasa dari malam boleh la oprate pagi..tapi sampai ke petang jugak aku kene tunggu..alih2..dari malam aku puasa..malam berikutnye baru boleh makan..huh..lapar gila bai..

Berkat ramadan dan doa semua yang mendoakan kesihatan aku, alhamdulillah aku beransur pulih dah sekarang..sapa sangka aku bleh dapat penyakit ni..'testicular tumor'..memula tu ada la perasaan malu jugak kan nak jumpa doktor, yela tang anu yang sakit, 2 kali aku pergi klinik sebab takda doktor lelaki...bukan apa, aku tak percaya kat doktor perempuan tahu sangat pasal sakit lelaki ni..hahaa..

Tapi macam dah agak, bila dah rujuk ke hospital, pakar-pakar kat hospital ni ramai lagi yang perempuan..dah tu muda-muda je aku tengok..ke aku yang dah tua ni..err..nak cakap aku sakit sebab tumor ni tak jugak, sakit tu cuma ada sekali sekala je..dan sepanjang aku pegi jumpa pakar memang bukan masa sakit la just simptom2 jela ada macam bengkak dan testis jadi keras tu..



Masa ni memang perasaan malu tu langsung dah takda, doktor perempuan cun macam fatin liyana chek pon aku tak kisah dah..habis habisan anu aku kene belek time scan tu..hahaha..bila dah keluar result ultrasound tu, time tu la aku terus kena tahan wad..ade tumor katenye.esok jugak kena operate buang .mujur la doktor cakap ni kira baru kanser stage1..

Tapi seriusly walaupon dia cakap baru peringkat awal, banyak je lagi benda lain dia dah cakap yang buat aku risau..perasaan aku masa ni seriusly banyak pikir redha je la..maksudnya aku lebih banyak pikir negetif dan redha..nak pikir positif dan redha payah sikit sebab masa tu belum oprate, dan belum buat CT Scan..banyak lagi kemungkinan buruk boleh berlaku..

Lepas pembedahan doktor ada bagi tau aku yang waktu bedah tu nampaknye takda la tanda kanser tu merebak lagi..so masa ni baru aku positif sikit dan redha..tapi belum sepenuhnya nak positif la sebab sehari lepas oprate tu baru buat CT scan yang akan menentukan kanser tu merebak ke tak dengan pasti..tapi baru nak positif sikit doktor bleh lak cakap nanti aku kena buat kimoterapi jugak walaupon dah buang..wtf...siap pesan aku kena buat sperm bank bagai sebab bila kimo sperma yang tinggal akan rosak..arghhh..tak boleh ke doktor ni bagi harapan sikit kat aku..hahahaha..


Jiran katil aku kat wad, dalam sebulan je sakit, sekali check dah 
cancer stage4..kesian..korang jangan lambat-lambat jumpa doktor 
kalau ada perubahan kesihatan.!!.


Alhamdulillah, Result scan memang clean..lega  aku..so rasanya tak perlu la aku jalani kimoterapi tu kan..sebenarnya apa yang aku risau, walaupon bukan sebab kanser yang ada tu merebak, aku risau jugak la kot2 memang aku ada kenser paru-paru ke apa yang yang tak nampak kat dalam tu sebab aku kan memang perokok yang tegar..mujur semuanya ok..

Percayalah perancangan Allah memang sempurna,setiap yang berlaku ada hikmahnya..tengok la, akhirnya sekarang aku dah berhenti merokok terus..walaupon aku tau paru-paru aku sihat lagi, tapi aku dah bebas nikotin sekarang dan memang taknak hisap lagi..thanks Izzah (member opis aku) ayat sentap kau bagi memang terus lekat kat otak aku..



Tuesday, July 16, 2013

Meninggalkan atau ditinggalkan?

assalammualaikum wbt..

Nampak sangat aku ni susah betul nak tinggalkan bidang menulis blog ni..err..ni kira bidang ke?..hahaha..tak kisah la apa pon..kalau dulu, entry yang aku tulis di blog sampah memang aku sangat menitik beratkan isu dan isi..serius..semakin lama aku menulis makin aku utamakan isi-isi yang aku nak kongsikan tak kira lawak, ilmiah, islamik, troll sentap dan apa-apa la yang aku rasa menarik..

Walaupon nampak macam penulisan santai, mungkin korang tak tau yang aku memang agak serabut bila takda isu yang aku boleh tulis dalam setiap minggu, tu baru setiap minggu aku letakkan target..cuba kalau setiap hari aku pikir nak tulis apa..mungkin aku dah gila sekarang..mujur aku bukan penulis atau editor mana-mana bidang penulisan..kehkehkeh..

Ni la antara cabaran besar yang aku rasa sejak jadi blogger ni..dengan mengunakan nama blog sampah tu sendiri menjadikan satu motivasi untuk aku buat blog aku bukan sekadar nama yang loser, hina , busuk, atau kotor..kepuasan maksima bila pembaca yang baru kenal blog sampah dengan membaca entri-entri aku akan dapat apa yang sampaikan..

tak kisah la respon camne pon..ada yang kata,

naiss, ini bukan sampah.., takda la sampah pon,,mana sampah??

hahaa..komen-komen camni sebenarnya sikit sebanyak buat aku kembang..ekeke..yela, tercapai la motif aku kan..tapi tu la, tak senang nak dapatkan info dan perkongsian bagi pembaca seronok ni..bagi aku memikirkan hal ni memang satu bebanan..so aku memang dah taknak bebankan kepala otak aku dengan tekanan nak menulis blog ni lagi..

dah tu, mesti korang cakap pesal nak tulis lagi kat bundlepages ni?..hahaha..kat sini bukan apa..takda sapa pon yang tau..dan blog ni memang bukan untuk aku kongsikan apa2 infoteinment, atau apa2 isi..so aku takda tekanan apa aku hadapi tentang blog ni..aku bebas nak tulis pasal personal dan apa2 je la..tak payah nak jage bahasa, typo, pikir maklumat apa aku nak sampaikan..tulis je apa aku suka..

mungkin ni la rasanya jadi blogger yang tak payah pikir pasal nak buat perkongsian berguna untuk orang lain..sekadar tulis pasal diri atau apa2 yang merepek..tak mencabar langsung..hahahaa..lebih2 pulak pengenalan diri anonymous atau bukan pengenalan diri secara rasmi..memang syok gila la menulis..takda rasa malu, takda sapa kenal..tp aku pengenalan asli la ye..hahaha...

apapon keputusan aku berundur dari blog sampah memang aku tak kesalkan langsung..apa yang aku tulis ni  antara sebab utama la jugak aku nak berundur selain dah takda target apa2 lagi macam yang aku mention dalam entry last blog sampah tu.. aku taknak lagi banyak pikir pasal blog..aku taknak blog aku jatuh terus, hilang pembaca disebabkan aku tak mampu sampaikan benda menarik untuk dikongsi..

So, cara terbaik bersara dulu sebelum jatuh..aku penah cakap dulu nak menten lagi susah dari naik..ni la sebabnya aku nak stop..tak mampu lagi dah nak menten..walaupon aku bukan la dikemuncak dalam blogging ni..tapi atleast aku dapat tinggalkannya waktu orang masih ingat aku dan nak baca entri idea kepalaotak aku ni, agak better la dari aku ditinggalkan ye dak..hahaha...sedih kot kalau dari kosong kita naik, last2 jadi kosong semula..hahahaa..jadilah macam Drogba..lepas berjaya dengan chelsea terus blah dari situ..so orang akan kenang dia selamanya kat atas je tanpa ada kejatuhan..


p/s : tp dengar citer Jose mourinho nak amik balik Drogba join chelsea..haha..aku harap drogba jangan la terima pasal tak selamanya kita kat atas..nama dah lejen nak apa lagi...



Saturday, July 13, 2013

Repost : kerana penyakit itu..(update)..

assalammualaikum wbt..

Sejak dua menjak dengar taklimat tentang kesihatan ni, aku rasa risau plak pikirkan kesihatan diri..firstly ayah dan mak aku sendiri pon ada penyakit yang memang boleh diwarisi..so benda ni memang buat aku risau..

Walaupon sekarang aku rasa sihat, jaga makan..masih menten slim, tapi tetap tak boleh elak kan kalau nak kena..penyakit kencing manis ni ayah aku dah ada..memang kalau korang yang belum tahu..penyakit ni takda ubat pon lagi..kuman tu sampai mati la ada..nak tak nak memang kena makan ubat...

mak aku pulak, darah tinggi..ni pon penyakit yang aku berisiko boleh dapat..adehh..macam mana jaga kesihatan pon kalau dah nak kena, kena jugak kan sebab dalam darah tu dah ada cuma tunggu penyakit tu keluar je..nak tak nak kena la contol makan sebab makanan kita sekarang ni la yang banyak sekali menyumbangkan penyakit..

Satu lagi penyakit yang aku agak gerun dengar pasal kanser..yang ni sesapa je ada risiko tak kira ikut keturunan atau tak..tapi kalau ada keturunan yang pernah hidap kanser, persen nak kena kat kita lebih tinggi la..

Info pasal kanser yang aku dengar tu memang menakutkan..point ringkas yang aku boleh cerita kat sini ialah kebanyakkan pesakit kanser bukan meninggal dunia sebab penyakit tu, tapi sebab sakit akibat rawatan kimoterapi..korang boleh bayangkan tak macam mana sakit bila dah jalani kimoterapi tu..

Dah la rawatan tu makan beratus ribu..mana nak cekau duit..bila dah buat pulak, orang yang menanggungnya seksa ya amat..ahli keluarga yang nak menjaga,tengok pon sedih..tak terbayang macam mana aku nak handle situasi ni andai terjadi dalam keluarga aku..doa je la semoga Allah swt jauhkan kita semua dari penyakit..



UPDATE ::

Bila baca balik entri ni aku rasa camni.. "ahh, tak sangka apa yang aku risaukan, kena kat aku sendiri"..hahahahhaa...

Redha je la..terima kasih kat kawan-kawan yang banyak support dan doakan aku...

kadang-kadang rasa macam dalam drama melayu pon ade..

" Tuan, disahkan mengidap kanser " kata doktor Ismail kepada Datuk Hasan..kehkehkeh..

apapon yang penting sekarang aku kene positif...

kena diet  sebagai pesakit..yang ni aku lemah betul..banyak sangat kot aku takleh makan...hahaha..

harap tak payah buat kimoterapi..dan last sekali doa banyak-banyak..



p/s : cet..dah macam dairi plak..hahaha....









kerana penyakit itu..

assalammualaikum wbt..

Sejak dua menjak dengar taklimat tentang kesihatan ni, aku rasa risau plak pikirkan kesihatan diri..firstly ayah dan mak aku sendiri pon ada penyakit yang memang boleh diwarisi..so benda ni memang buat aku risau..

Walaupon sekarang aku rasa sihat, jaga makan..masih menten slim, tapi tetap tak boleh elak kan kalau nak kena..penyakit kencing manis ni ayah aku dah ada..memang kalau korang yang belum tahu..penyakit ni takda ubat pon lagi..kuman tu sampai mati la ada..nak tak nak memang kena makan ubat...

mak aku pulak, darah tinggi..ni pon penyakit yang aku berisiko boleh dapat..adehh..macam mana jaga kesihatan pon kalau dah nak kena, kena jugak kan sebab dalam darah tu dah ada cuma tunggu penyakit tu keluar je..nak tak nak kena la contol makan sebab makanan kita sekarang ni la yang banyak sekali menyumbangkan penyakit..

Satu lagi penyakit yang aku agak gerun dengar pasal kanser..yang ni sesapa je ada risiko tak kira ikut keturunan atau tak..tapi kalau ada keturunan yang pernah hidap kanser, persen nak kena kat kita lebih tinggi la..

Info pasal kanser yang aku dengar tu memang menakutkan..point ringkas yang aku boleh cerita kat sini ialah kebanyakkan pesakit kanser bukan meninggal dunia sebab penyakit tu, tapi sebab sakit akibat rawatan kimoterapi..korang boleh bayangkan tak macam mana sakit bila dah jalani kimoterapi tu..

Dah la rawatan tu makan beratus ribu..mana nak cekau duit..bila dah buat pulak, orang yang menanggungnya seksa ya amat..ahli keluarga yang nak menjaga,tengok pon sedih..tak terbayang macam mana aku nak handle situasi ni andai terjadi dalam keluarga aku..doa je la semoga Allah swt jauhkan kita semua dari penyakit..

tarikh baru : 5mei 2012

Monday, July 01, 2013

Kemurungan aku..

assalammualaikum wbt..

Keinginan aku nak menulis berkaitan peribadi untuk kali ni agak meluap-luap la kiranya..aku nak start macam mana pon tak tau..so dengan timbulnya entri kat sini, bermakna aku tak mengharapkan sapa-sapa baca la kecuali korang-korang yang aku dah anggap sahabat blogger yang follow sini..blog sampah tu memang tak sesuai gamaknye..hahaha..

Dari beberapa minggu yang lepas, aku ni agak kemurungan sebenarnya..tapi saja tak tunjuk dengan sapa-sapa bahkan dengan bini aku sendiri aku buat rilek dan hepi2 macam biasa..macam takda masalah kononye..eceli sejak bini aku kat kampung lagi masa berpantang kat sana, aku ade mengadu kat dia yang aku sakit..sakit yang tak tau apa punca...so .masalah aku ni berkaitan kesihatan la ye..

Masuk sekarang dah hampir sebulan gak aku ada simptom2 ni...bila aku google tanda-tanda penyakit tu ada pada aku, lagi la buat aku tak senang hati..nak pergi klinik aku takut..adehh..tapi lastly semalam aku pergi jugak la sebab aku memang dah risau gila..macam yang aku agak..doktor kat klinik takkan anggap aku ade penyakit biasa..so dia suruh la aku pegi chek kat hospital untuk ultrasound..


Lani dalam kepala otak asik terbayang anak bini je..mujur la tengok muka si ammar wazi tu boleh tenangkan aku..teringat dulu-dulu aku dengan kawan-kawan selalu cakap, " oii, aku belum kawen lagi" yang merujuk keadaan yang selalunya merbahaya yang maksud yang lebih tepat "aku belum nak mati lagi"...hahaha..penting agaknye kawen dulu sebelum mati ni..hahahhaa..

Tapi andai la umur aku tak panjang, aku rasa kenapa la aku tak mati awal-awal dulu sebelum ada anak bini..so korang silalah  betulkan kata-kata yang macam biasa orang sebut tu..nak mati elok time kecik-kecik sebelum kawen..hahaha..serius beb..gelak-gelak jugak..aku ni tak suka susahkan orang, kalau aku sakit, ofkos secara otomatik aku aku susahkan bini aku..kalau aku jalan terus, susah plak bini aku nak survive..jadi janda, anak jadi yatim.aku bukan kaya boleh tinggalkan dia harta...arghh...

Dan yang penting, aku memang nak la sangat tengok anak aku tu membesar..tu je..tacing gak aku bila pikir hal ni..tah la..sori terciter kat korang..kalau ikutkan harini aku dah kene pi hospital tapi sebab mak dan ayah mertua aku ada lagi kat rumah aku, aku taknak la pegi lagi..kang semua orang tau plak..Rabu ni je la kot aku lapor diri kat hospital..korang jangan tanya aku sakit apa,bila nak mati, bape lama bleh hidup, cuma doakan la ye aku sihat balik dan umur panjang ye..hahaha..


p/s : maaf ye kalau de salah silap..mungkin blog sampah akan aku tutup la kalau jadi apa-apa..