Pages

Wednesday, September 24, 2014

Ganja untuk perubatan..

Assalammualaikum wbt..

Sejak-sejak doktor menyarankan aku menjalani rawatan kimoterapi ni, aku memang agak rajin la jugak mencari alternatif lain sebagai ikhtiar sembuhkan penyakit ni..yup, segala apa pon rawatan yang kita buat, hanya dengan izin Allah jugak ia sembuh atau tidak..apapon ikhtiar dan berdoa la kan..

Rawatan moden yang kos tinggi bukan la jaminan..lagipon bila kesannya agak memudaratkan mestilah kita akan pilih cara lain kan..nak cerita bab ni panjang lak kang..contohnye member blogger aku sorang ni -Lyd, dia kurang nak mempercayai vaksin dan ubat-ubat ni..kalau ikut pendapat aku lain pulak..so aku takmo diskusikan hal tu.hahaha...cuma aku pon tetap yakin seribu satu rahsia Allah yang kita tak tau boleh jadi penyembuh akan penyakit tu..bukan hanya ubat dan vaksin moden saja perantaranya..


 So antara yang aku jumpa dalam reseach rawatan alternatif ni adalah satu jenis perubatan yang memang takda kat Malaysia..bahan utamanya pon dah diharamkan, memang tak jumpa la rawatan tu kat sini..cuma dalam pasaran gelap yang bukan untuk kegunaan medikal ia masih perkara biasa..


Pernahkah korang dengar istilah "Medical Cannabis"..apa tu cannabis?..senang citer orang kampung panggil ganja la..hehehe..bila cakap ganja, orang rasa benda tu dah salah dan haram..tu la dia ganja yang telah di double standard kan sejak sekian lama..sedangkan dadah dalam ubat-ubat moden takpe pulak...

 Tahukan anda penggunaan ganja ni dah wujud beribu tahun yang digunakan dalam perubatan cina dan bermacam-macam kegunaan sejak dulu..bermacam-macam artikel yang aku baca berkenaan hal ni ada menyebut dunia moden harini termasuk Malaysia telah mengharamkan ganja bukanlah sebab utamanya berbahaya pada manusia, tetapi lebih berbahaya untuk perusahaan dan industri..konspirasi atau tidak, korang nilai la sendiri..

Isteri mithali..hahahaha..


Nak kongsikan isu dunia tentang ganja ni banyak sebenarnya tapi lari pulak kang point entri aku ni..haha..sejak aku like page Gerakan Edukasi Ganja Malaysia, banyak info tersembunyi yang aku dapat..mungkin Malaysia belum sampai tahap ada pertubuhan legalisasi ganja, tapi ada sesetengah negara-negara luar dah membenarkannya dan menggunakan ganja untuk kebaikan...

So korang mesti nak tau kan apa kaitannya medikal kanabis ni dengan aku..huhu..ok sebelum makin melalut, biar aku kongsikan dulu sikit fakta dan pengalaman aku sendiri menggunakan ganja ni..sebabkan aku membesar sebagai budak yang nakal, ofkos aku pernah hisap ganja ni..dan aku lebih tahu kebaikan dan keburukan herba ni..

Dan kaitannya dengan isu penyakit yang aku alami sekarang seperti mana info-info tentang medikal kanabis yang aku baca, yup..aku sokong 100% keberkesanan  medikal kanabis ni..dikatakan penghidap barah yang menjalani kimoterapi terbukti lebih baik selepas mengunakan kaedah medikal kanabis..antara yang aku pasti ialah disebabnya ganja membuatkan kita lapar..aku tak tau kenapa, tapi tu la kenyataannya..




Dalam appoitment aku dengan doktor tempoh hari, doktor telah pon menerangkan kesan-kesan kimo pada aku..antaranya, pesakit yang menjalani kimo takkan ade selera untuk makan dan macam-macam lagi la kesan buruk tu..So kat sini la aku nampak medikal kanabis ni berfungsi..ni bukan sekadar kajian perubatan tapi apa yang aku pernah lalui..

Keadaan lapar dan secara tiba-tiba selera makan akan meningkat selepas aku menghisap ganja..tu yang biasa aku alami dulu..walaupon cuma nasik kosong pon aku boleh makan dengan penuh selera bertambah-tambah..satu lagi kebaikan yang aku nampak..kemurungan  dan kesakitan dapat dikurangkan selepas hisap ganja ni..yup, memang ia agak mengkhayalkan bila di ambil dos yang lebih..tapi bukankan ubat-ubatan moden pon macam tu..


medikal cannabis bukanlah semestinya jenis hisap macam yang aku tulis ni..
perubatan ni dah moden maa..


Cuma bezanya yang aku nampak lebih baik, ganja takda la bahan kimia dan cuma herba tumbuhan semata-mata yang nature..habis-habis overdose ketika aku hisap ganja dulu pon aku cuma tak boleh bangun dan slowly dia akan reda sendiri dan tak tinggalkan apa-apa kesan macam mabuk alkohol...bahaya lagi overdose makan pil tido kan..see..tentang kemurungan yang aku sebutkan tadi pon aku yakin berkesan dengan ganja sebab, dengan hisap ganja kita akan secara tiba-tiba  rasa seronok yang "kelakar" tak besebab..tak percaya? cuba la sendiri..hahahaha..

Mungkin korang tak boleh terima pendapat aku dan tetap mengatakan ganja tu haram..terpulang la..bermacam-macam pendapat pon aku dah baca..aku cuma terpikirkan alternatif ni andai kata aku terpaksa jalani kimoterapi nanti...mungkin dulu aku pernah ambil sebab suka-suka, tapi manala tahu akan datang aku jadi pengguna kanabis untuk kesihatan kan,, takkan sebab tu AADK nak sumbat aku dalam 'Pusat' kot..hahaha..