Sepanjang tahun ni aku kira dah bermacam cerita suka duka terjadi dalam hidup aku..ada bahgia mesti ada duka..gitu la lumrah dunia ye dak..apa pon semperna aidilfitri kali ni, marilah kita sama-sama meraikan dengan gembira..masalah letak tepi dulu..
Raya tahun ni bagi aku special sikit la sebab ahli keluarga aku dah bertambah sorang..bermakna zakat fitrah kena bayar untuk 3 kepala la kan..haha..ok tu bukan isunye..sebenarnya apa yang aku nak tulis pon aku lom pikir lagi ni..haha..setakat ni aku rasa elok aku upload gambar je, mungkin lebih senang aku nak bercerita..hahaha..
Pekan Jitra
Aloq setaq
Eceli gambar kat atas ni masa aku dalam perjalanan nak balik ke kl dari Jitra..kiranya aku balik sana untuk sambut puasa dan beraya awal dengan keluarga mertua aku la pasal raya ni tak balik sana..haha..nampak menara cam ala2 menara kl tu?..tu menara alor star pada sapa2 yang tak kenal..saja aku menyinggah sana sebab nak ke kompleks Pekan Rabu beli buah tangan untuk mak aku sebelum balik..
Cerita pasal raya, sebenarnya aku takde buat apa-apa persiapan pon untuk raya ni..dah la aku dengan tak berapa sihat nya kan..nak berjalan keluar shopping pon susah, tu yang sampai bini aku shopping pon online je untuk baju dia dengan anak aku tu..hahaha..sedih betul..haha..
Cuma yang menarik kali ni, aku dengan rajinnya berexperimen buat sate untuk juadah raya..bukan nak puji diri sendiri, tapi sebagai peminat sate..sate yang aku buat ni aku bagi ranking 4/5 bintang la senang citer...hahaha..berbekalkan perapan semalaman, daging sate tu telah menjadi sangat lembut dan terasa bahan perapan tu sehingga kedalam isi..insya'allah lain kali kalau aku rajin, aku buat lagi dan jamu la korang ye..hahaha...
Pagi raya macam biasa la kan, dah balik dari masjid, acara bermaaf-maafkan atau orang cakap 'beraya' mula dulu sebelum makan-makan..walaupon seronok semua dapat berkumpul kat selayang tahun ni, tapi kakak aku pulak takda dan terpaksa la dia beraya dengan baby dia yang baru lahir je kat spital..dan2 je nak beranak jugak malam raya, apa boleh buat kan..hahaha..
See..perasankah korang yang aku anak beranak je tak berpakaian sedondon dipagi raya..wooo..kalau aku tau, aku pakai je baju kawen aku tu, atleast look alike la jugak dengan baju raya wazzi dan bini aku..ingat yang lain tak pentingkan warna, rupanya tahun ni semua seragam daa..dengan mak ayah aku pon sedondon walaupon tak penah2 sebelum ni..hahaha..takpela tahun depan insya'allah aku nak sedondon jugak..tak kiraa..hahaha..
Setel makan-makan, dalam pukul 10 pagi terus bergegas ke rumah nenek aku pulak..memang nak kejar masa sebab tengahari tu nak pegi melawat kakak aku kat hospital pulak..haha..mak aku cakap planning raya tahun ni berubah sebab kena jaga kakak aku nak pantang tu pulak kan..so pergerakkan tu terhad la sikit...rushing je nak kemane-mane..hahaha...
Mujur masa kat rumah nenek aku tu ada la jugak sepupu dan pakcik-makcik aku yang balik walaupon tak semua yang ade..sempat la beraya dengan diorang semua..sekali lagi aku frust dengan warna baju kat sini..diorang pon ade tema jugak ikut famli..demm..hahaha..
Akhir kata, walaupon kita tak berbaju baru, tak sedondon di pagi raya, yang penting semangat beraya tu ada..hahaha..pada geng2 kopitiam, ingat! portluck kita 10 syawal..semoga lebaran kali ni lebih meriah bila kita semua boleh kumpul lagi dan dapatlah kita mengeratkan silatulrahim..huh,gila skema ayat..hahaha..pada yang tak tau kopitiam tu menda apa pon tak kisah..anda pon dengan hormatnya dijemput datang beraya sesama..
tak tau nak contact aku macam mane?..
lempang nak?..kat tab atas tu kan ade contact aku..klik la kat situ tengok..haihhh..
kay geng..panjang lak dah entri aku ni..lain kali aku sambung lagi..selamat hari raya..maaf zahir batin..
selamat hari raya bandle...
ReplyDeletemeriah famili...
ahaks..selamat hari raya..
DeleteSelamat hari rye bundle.. Tak thu la ni kali ke bpe aku wish haha. Dtg 10 syawal tu kne pakai baju sedondon ke bundle? Haha
ReplyDeleteYg benar : cidut
wish banyak kali pon bukan kene bayar..tu pon bekira..hahaha..
Deleteko nk pakai sedondon dengan sape?..
salu umi ngan abah sedondon,, tahun ni lak tak sedondon,, haissyyyy
ReplyDeleteoo..tebalik la ngan aku..selalu orang tua aku tak sedondon..hahaha
DeleteSelamat hari raya Bundle. Maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa masa duk maki maki kau. muehehehe
ReplyDeleteTakper la tak sedondon pun, janji dapat jugak beraya ramai2 kan. Aku sebenarnya tak pernah ada tema raya atau sekedondodonan baju sekeluarga setakat ni, so mak esah tak kisah :p
eh..ko de maki maki aku ke..hahaha..mohon tingkatkan lagi sampai aku perasan atau tesentap then baru mintak maap..hahaha..
Deleteaku tak penah kesah pon..tp tetiba rasa ganjil bila buat famli potrait camtu..haha..
bundle dan spek hitam tak dapat dipisahkan :D samat hari raya pakcik^^
ReplyDeleteagaknye la..hahaha
Deletebaju ank isteri dah sedondon dah tu ;p
ReplyDeletesamat ari raya Bundle :)
tula..anak dengan bini aku dah sama..aku je lain..dah la sampin pon tak pakai..sempoi sgt aku ni...haha
Deletepenting ke tema sedondon nie?aku setiap taun caca merba..taun nie je ada sikit2 sedondon tu pun tak berapa dondon sgt.hakhak..
ReplyDeleteselamat hari raya.maaf zahir batin.:)
tak penting pon kalau tak amik gambar..kalau untuk bergambar aku rasa penting..wakakaka...
Deleteselamat hari raya..
Selamat hari raya Bundle...!
ReplyDeleteEhh..kenapa wazzi nampak lagi hensem dari bundle.kehkehkehkeh....
Tahun ni mmg ramai yg pakai sedondon...
Caca marba pun ramai gak..hehehe...
Psstt..minta resepi satay pleaseeeeeee..
^_^
P/s: Nak rompak no.tel tu lah..hahaha
takpe la kalau ko ckp camtu..bg can jr. hensem2 plak..bukan orang lain pon..hahaha..
Deleteresepi tu boleh taip kat google je cik nur..nak no tel tu, amik je..mmg buh situ untuk dirompak la pon..
samalah. pagi raya pertama, semua pakai tshirt je. sbb nak berjalan jauh..
ReplyDeleteselamat hari raya bandel sekeluarga..
lagi sempoi ko siap pakai t shirt je..dah macam aku bujang2 dulu..tu pon kira ok kalau pakai t shirt, biasanya tengahari baru aku bangun..tak sempat sambut pagi raya..haha..
DeleteWEHHHHH SELAMAT HARI RAYAAA! GILA LAMA AKU X ONLINE HAHAHAH
ReplyDeletetu la pasal..lama betul ko cuti...
Deleteselamat hari raya!^^
ReplyDeleteselamat hari raya deno..
Deleteselamat hari raya...
ReplyDeleteselamat hari raya zul..
Deletebenjamin moore titanium - www.titanium-arts.com
ReplyDeleteIn our Warehouse, we titanium cerakote have ceramic vs titanium curling iron a titanium tv apk large selection of top quality brands and specialty products titanium nipple barbells that can be mens titanium rings used to make your next purchase.