Pages

Sunday, August 25, 2013

Temujanji Dua - Sakit lebih dari sakit..

assalammualaikum wbt..

Khamis yang lepas temujanji aku dengan doktor pakar di HKL seawal 10pagi..walaupon tahap kenevesan aku nak jumpa doktor tak lagi secuak dulu, tapi tetap ready jugak la terima apa je keputusan tentang tahap kesihatan aku ni..btw..kesihatan aku sekarang masih lagi 50/50..tu la yang doktor bagitau secara ringkas..

Masih macam dalam perjumpaan lepas, doktor ni asal boleh nak buat kimoterapi je  kat aku..senang citer dan lebih terjamin la percen kesembuhan katanye...tapi aku macam biasa la, tetap jugak nak mengelak dari rawatan ni..takut aku..hahaha..

Dalam 3 bacaan yang diambil pada Tumor marker yang aku bagi dalam perjumpaan yang lepas, 2 daripadanya dah menunjukkan positif yang kanser tersebut semakin pulih dan bacaannya menurun..cuma 1 lagi tu je degil..bukannya statik ataupon menurun, tapi makin mendadak pulak naik bacaannya..adoii...so sebab tulah doktor cakap aku masih belum ditahap selamat coz ketiga-tiga bacaan pada tumor marker tu penting dipantau supaya turun..


 Doktor yang aku jumpa kali ni seorang doktor india pulak..terima kasih la doktor sebab doktor kali ni memang agak jujur la dari doktor-doktor yang aku jumpa sebelum ni..hahaha..ada ke dia yang sarankan aku buat kimo, tapi bila aku tanya dia kimo tu sakit ke tak, selamba je dia cakap

"kimo ni eceli sakit lebih dari sakit"

Dafuq.!!..

Ni memang buat aku makin tak berani la nak kimo ni kan..sebelum ni doktor lain yang aku tanya diorang just cakap takda sakit pon just masuk ubat je..pastu cakap la kesan dia pening, muntah, takda selera makan, rambut gugur, bla..bla..bla...walaupon kat situ pon dah nampak teruk kesannya, tapi takda la jujur sangat kan cakap "kimo ni lebih sakit dari sakit"..doktor ni memang gila..hahahaha...

So aku pon buat lebih pandai dari doktor la kan bila dah dengar dia cakap macam tu..tak maunye aku buat kimo ni..gila apa, aku nak rasa sakit dari sakit yang aku hidap..hahaha..so dengan yakin je la aku bagitau doktor camni..

"saya nak buat sekali lagi tumor marker doktor, lepas ni kalau bacaan tu tinggi jugak baru kimo"

Doktor pasrah jela dengan keputusan aku..hahahaa..so untuk genapkan bacaan yang lepas dari yang terbaru aku mintak buat ni berbeza sebulan..makanya awal september ni aku akan ke makmal HKL lagi buat tumor marker dan 2 minggu selepas tu baru jumpa doktor semula untuk keputusan..harap masa tu bacaan semua dah rendah la..

choww...




20 comments:

  1. Replies
    1. jadah awal sangat ko ni..hahahah...

      Delete
    2. Err, entri siyes..Maaf2..Aku kejar nak no 1..Hihi..

      Okay, meh siyes..
      Dulu masa aku praktikal, aku ada sediakan jugak ubat untuk kimo..
      Ubat untuk kimo ni memang sangat pekat, dat y sakit..Kepekatan dia even dah dicairkan still masih pekat dan menyakitkan..Tapi, ada tapinya..Kalau dah takde pilihan, kau buatlah keputusan yang terbaik utk kesihatan kau..

      Pasal rambut gugur pulak, ada cara dia nak kekalkan buat kimo tanpa rambut gugur,sebab dulu maklong aku buat kimo tapi rambut dia tak gugur pun tapi..ada lagi tapinya..tapi aku dah lupa macam mana dia cakap dulu..Nanti aku tanya mak aku balik dan bagitau kau in case kau kena kimo dan masih nak rambut kau menten.

      Akhir kata, aku doakan kesihatan kau bertambah baik..Semoga kau tabah menghadapi dugaan dari Allah ni. Kesakitan yang kau hadapi adalah penghapus dosa2 kecil..InsyaAllah..

      :)

      Delete
    3. Err, kebetulan aku tengok kau update..hihi..Sebab tu lajuuu...

      Delete
    4. boleh ek rambut tak gugur pas kimo..yang aku tengok kat spital tu semua gugur je..haha..takpela..'kalau' aku terpaksa buat nanti, ko bg aku tips apa makcik ko guna tu..selagi boleh elak kimo aku elak..

      Delete
    5. Maklong aku buat dulu, rambut dia menten je..Tapi gugur jugak la, bukan tak gugur langsung tapi tak banyak...Sikit2 je, so rambut dia nampak lebat je lagi....Nanti aku tanya mak aku balik...Mak aku yang cerita dulu..

      Delete
    6. sebenarnya kalau botak pon aku bukan kisah..yang aku taknak sakit lebih dari sakit tu je..hahaha..

      Delete
    7. Aku tau..Hihi..
      Tapi, kalau tak ada pilihan takkan kau nak menyerah je kan...

      Delete
  2. benda klu boleh ela baik elak..tp klu takde pilihan ko buat je..sakit cmna pun kena tanggung la..dh ni ujian Allah nak bagi kt ko...

    ehh nama bapak kita sama la.anak pak man.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde pilihan baru aku buat kimo tu...risau baq hang..haha

      Delete
  3. Sakit lebih dari sakit- jujur giler doc tu...!

    Seboleh2nya cubalah elak dari kimo...dgr pun takut apatah lagi nak alaminya kan...

    Lawan sebelum menyerah..itu yg terbaik...fighting...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..doktor jujur dan gila..terus terang buat aku lagi takut nk buat..hahaha..

      Delete
  4. baru perasan entry kt sini. hehehe. takut lak dengau dokte bgtau secara jujur tu..

    kalau terpaksa.. nk wat camna pakcik.. jnji lepas sakit lebih dari sakit tu.. ko jd sehat lebih dr sehat.

    botak pun ape la hal kan.. boboy kot.. hihik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau la buat kimo tu bleh buat sihat lebih dari sihat aku nak jugak..tp takpenah lak aku dgr org buat kimo jadi sihat..hahaha...

      Delete
  5. Bagus doc tu. Tapi chemo ni sakit lepas operation tu pun sakit. Seram jugak aku tgk after-effect dia. apa2 pun banyak2 doa bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. operation takpe aku dah lepas..ni yang kimo ni kesan dia makan dalam tu yang aku takut..dah la sakit..wooo..

      Delete
    2. Kita boleh usaha je bro. yg lain serah kat Tuhan. Byk2 doa. InsyaAllah semua ok. Jgn Risau!

      Delete