Pages

Sunday, December 22, 2013

Anti Kanser B17 dalam buah Prune..

assalammualaikum wbt...

Dalam bulan ni je dah dua kali aku masuk wad..mujur la seronok..dan yang penting syukur Alhamdulillah ujian CT Scan aku tak menunjukkan sel-sel kanser tu merebak ke mana-mana setakat ni..walaupon camtu, aku belum rasa betul-betul selamat pon..

Ni la yang orang cakap kanser membunuh dalam senyap..walaupon aku sihat, masa ujian darah tu, kadar sel kenser tu boleh pulak tiba-tiba tinggi..risau jugak aku..dan sebab tu la doktor terus tahan aku masuk wad untuk scan..bile scan takde pape pulak yang diorang detect..pelik jugak tapi aku bersyukur la..mungkin berkat doa semua aku ok lagi kali ni..

Kali kedua aku kat wad tu, aku masih jumpa orang yang sama yang masuk wad minggu yang sudah tu..Pakcik Zainal yang berjiran katil dengan aku nampaknya pon dah ada perkembangan positif kali ni..katanya lepas makan suplement yang baru orang rekemen kat dia tu la yang rasa ok sikit..dah mampu bangun dari katil dan kurang la nak demam-deman..

Rajin jugak la dia duk promote  produk tu jugak untuk aku makan..kesian tengok aku muda-muda dah sakit camni kata dia..haha..caring dan terlebih emosi diorang tu laki bini..Aku bukan apa..memang aku tau produk tu bagus tapi takut diorang tu terlebih percaya yang benda tu yang menyembuhkan plak...tu la antara syirik yang orang selalu tak nampak..cara diorang ni cakap macam yakin sangat suplement tu yang kurangkan penyakit...harap tak camtu la ye dak..

Citer pasal suplement tu, walaupon aku rasa macam nak cuba, tapi apakan daya..agak mahal..memang tak mampu..tapi ok jugak la lepas bersembang dengan egen penjual tu, dia ada bagi tau info yang agak berguna untuk aku yang sengkek ni..vitamin B17 yang sebelum ni aku cakap ada dalam biji aprikot yang kaya sebagai bahan anti kanser lebih banyak didapati dalam buah prune dalam kajian perubatan terbaru..

So bila aku google-google pasal tu, memang betul..banyak rencana aku jumpa tentang perkara tu..pertama sekali pendedahan kajian  tu dibuat dalam majalah times..akak ejen tu cakap dalam majalah tu selalunya memang fakta betul la sebab majalah tu bukan untuk orang macam kita baca..tu bacaan level2 menteri, presiden dan sebagainya je.. haha..kemain ko kak..tapi betul gak apa dia cakap...


Datuk Sarimah Ahmad ni duta dan pengasas Sari AgeGard ni sebabnya dia sendiri penah hidap kanser stage 4 tapi sembuh dengan izin Allah bila makan produk ni..


Ekstak buah prune B17 yang dikatakan paling tinggi setakat ni pon antara bahan kandungan produk ni..tu belum lagi bahan-bahan lain macam bji aprikot, biji anggur dan macam macam lagi yang semuanya bhan anti kanser..huh..tak nafikan la produk ni memang bagus..tapi yang tak bestnye,benda ni mahal..sob..sob...

Satu lagi artikel menarik aku jumpa tentang kebaikan buah prune yang telah dibongkarkan ni, dengan tak semena-mena, syarikat sunsweet yang menjual produk kurma, anggur, prune dan sebagainya ni telah pon mendapat tempiasnya..bukan untuk pasaran malaysia, tapi permintaan untuk buah prune tu pon telah meningkat mendadak seluruh dunia..untung besar terus..hahaha..


Sebabkan aku tak mampu pon untuk beli produk Sari Agegard tu..so aku dah jadi antara orang yang akan terus menyumbangkan keuntungan untuk sunsweet ni..haha..ni je mampu..lani aku dah pon start makan buah prune ni..sedap la jugak dari biji aprikot tu..haha..ikhtiar je apa termampu kan..hanya Allah gak yang meyembuhkan..



Wednesday, November 27, 2013

Jururawat yang cuak..

assalammualaikum wbt..

Sepanjang  sebulan dari entri yang lepas, dah  4kali aku berulang alik ke hospital..macam biasa la, buat ujian darah..walaupon dalam ujian pertama tu belum menunjukkan tanda positif tapi sekurang-kurangnya aku tak sakit lagi..

Semalam aku pegi lagi hospital selayang untuk dapatkan result darah yang minggu lepas pihak hospital ambik..memang prosedur dia camtu..result keluar seminggu lepas darah dihantar ke makmal..

Tapi biasala manusia tak terlepas dari kesilapan ye dak..darah yang diambil minggu lepas diorang ni boleh salah pulak buat ujian..patutnye tumor marker tapi diorang buat ujian untuk prostat plak..hahaha.tapi aku tak lah marah..takda kesalahan besar sangat pon..

So untuk minggu yang sudah takda la bacaan terbaru yang nak dicomparekan dengan bacaan sebelum tu dan terpaksalah kene cucuk lagi..haha..sebenarnya aku pon pelik gak dengan nurse yang salah buat tu..yelakan, aku dah kerap sangat buat benda tu, so bila dia wat lain, aku rasa pelik sikit..

biasanya darah yang diambil tu banyak..time nurse yang salah tu, sikit plak dia ambil..dan yang tak bestnye, dia cucuk tu sakit..adoiila..mujur nurse tu comel..

Dan semalam nurse lelaki plak ambi darahl.aku tak tau la lelaki pon panggil nurse ke apa..lantak la...tapi dia cucuk memang tak rasa sakit langsung..siap aku bleh tengok sambil snap gambar lagi...

dan yang kelakarnya, tiba-tiba mamat ni cuak..kahkahkahkah.....

aku tanya la pesal...

"saya tak pakai glove ni bang"..abang jangan share kat internet lak..kena saya nanti...

kahkahkahkah...

 selama aku kene cucuk sebelum2 ni, mmg tak penah pon aku tengok nurse guna glove..
tak tau la aku tu satu kesalahan..hahaha..



walaupon aku kelakar, tapi kesian lak tengok dia sebab memang jelas dia gelabah...


pastu aku cakap la.."aku saje je amik nak buh kat blog aku,.bukan nak naya engko.lagipon manede aku snap gamba penuh ko pon..gambar ni takleh buktikan pape"..hahaha...aku cakap sambil gelak-gelak la masa ni bagi dia cool balik..takut kang stress lak dia kerja duk mikir pasal hal ni...

Tapi apapon aku tetap ucapkan terima kasih la pada semua kakitangan hospital yang baik-baik je layan macam-macam kerenah pesakit ni termasuk aku..haha..teruskanlah berbakti..walaupon tu memang tanggungjawab kerja,tapi banyak pahala korang boleh dapat bila ikhlas wat kerja tu..

choww..