Pages

Sunday, December 22, 2013

Anti Kanser B17 dalam buah Prune..

assalammualaikum wbt...

Dalam bulan ni je dah dua kali aku masuk wad..mujur la seronok..dan yang penting syukur Alhamdulillah ujian CT Scan aku tak menunjukkan sel-sel kanser tu merebak ke mana-mana setakat ni..walaupon camtu, aku belum rasa betul-betul selamat pon..

Ni la yang orang cakap kanser membunuh dalam senyap..walaupon aku sihat, masa ujian darah tu, kadar sel kenser tu boleh pulak tiba-tiba tinggi..risau jugak aku..dan sebab tu la doktor terus tahan aku masuk wad untuk scan..bile scan takde pape pulak yang diorang detect..pelik jugak tapi aku bersyukur la..mungkin berkat doa semua aku ok lagi kali ni..

Kali kedua aku kat wad tu, aku masih jumpa orang yang sama yang masuk wad minggu yang sudah tu..Pakcik Zainal yang berjiran katil dengan aku nampaknya pon dah ada perkembangan positif kali ni..katanya lepas makan suplement yang baru orang rekemen kat dia tu la yang rasa ok sikit..dah mampu bangun dari katil dan kurang la nak demam-deman..

Rajin jugak la dia duk promote  produk tu jugak untuk aku makan..kesian tengok aku muda-muda dah sakit camni kata dia..haha..caring dan terlebih emosi diorang tu laki bini..Aku bukan apa..memang aku tau produk tu bagus tapi takut diorang tu terlebih percaya yang benda tu yang menyembuhkan plak...tu la antara syirik yang orang selalu tak nampak..cara diorang ni cakap macam yakin sangat suplement tu yang kurangkan penyakit...harap tak camtu la ye dak..

Citer pasal suplement tu, walaupon aku rasa macam nak cuba, tapi apakan daya..agak mahal..memang tak mampu..tapi ok jugak la lepas bersembang dengan egen penjual tu, dia ada bagi tau info yang agak berguna untuk aku yang sengkek ni..vitamin B17 yang sebelum ni aku cakap ada dalam biji aprikot yang kaya sebagai bahan anti kanser lebih banyak didapati dalam buah prune dalam kajian perubatan terbaru..

So bila aku google-google pasal tu, memang betul..banyak rencana aku jumpa tentang perkara tu..pertama sekali pendedahan kajian  tu dibuat dalam majalah times..akak ejen tu cakap dalam majalah tu selalunya memang fakta betul la sebab majalah tu bukan untuk orang macam kita baca..tu bacaan level2 menteri, presiden dan sebagainya je.. haha..kemain ko kak..tapi betul gak apa dia cakap...


Datuk Sarimah Ahmad ni duta dan pengasas Sari AgeGard ni sebabnya dia sendiri penah hidap kanser stage 4 tapi sembuh dengan izin Allah bila makan produk ni..


Ekstak buah prune B17 yang dikatakan paling tinggi setakat ni pon antara bahan kandungan produk ni..tu belum lagi bahan-bahan lain macam bji aprikot, biji anggur dan macam macam lagi yang semuanya bhan anti kanser..huh..tak nafikan la produk ni memang bagus..tapi yang tak bestnye,benda ni mahal..sob..sob...

Satu lagi artikel menarik aku jumpa tentang kebaikan buah prune yang telah dibongkarkan ni, dengan tak semena-mena, syarikat sunsweet yang menjual produk kurma, anggur, prune dan sebagainya ni telah pon mendapat tempiasnya..bukan untuk pasaran malaysia, tapi permintaan untuk buah prune tu pon telah meningkat mendadak seluruh dunia..untung besar terus..hahaha..


Sebabkan aku tak mampu pon untuk beli produk Sari Agegard tu..so aku dah jadi antara orang yang akan terus menyumbangkan keuntungan untuk sunsweet ni..haha..ni je mampu..lani aku dah pon start makan buah prune ni..sedap la jugak dari biji aprikot tu..haha..ikhtiar je apa termampu kan..hanya Allah gak yang meyembuhkan..



Wednesday, November 27, 2013

Jururawat yang cuak..

assalammualaikum wbt..

Sepanjang  sebulan dari entri yang lepas, dah  4kali aku berulang alik ke hospital..macam biasa la, buat ujian darah..walaupon dalam ujian pertama tu belum menunjukkan tanda positif tapi sekurang-kurangnya aku tak sakit lagi..

Semalam aku pegi lagi hospital selayang untuk dapatkan result darah yang minggu lepas pihak hospital ambik..memang prosedur dia camtu..result keluar seminggu lepas darah dihantar ke makmal..

Tapi biasala manusia tak terlepas dari kesilapan ye dak..darah yang diambil minggu lepas diorang ni boleh salah pulak buat ujian..patutnye tumor marker tapi diorang buat ujian untuk prostat plak..hahaha.tapi aku tak lah marah..takda kesalahan besar sangat pon..

So untuk minggu yang sudah takda la bacaan terbaru yang nak dicomparekan dengan bacaan sebelum tu dan terpaksalah kene cucuk lagi..haha..sebenarnya aku pon pelik gak dengan nurse yang salah buat tu..yelakan, aku dah kerap sangat buat benda tu, so bila dia wat lain, aku rasa pelik sikit..

biasanya darah yang diambil tu banyak..time nurse yang salah tu, sikit plak dia ambil..dan yang tak bestnye, dia cucuk tu sakit..adoiila..mujur nurse tu comel..

Dan semalam nurse lelaki plak ambi darahl.aku tak tau la lelaki pon panggil nurse ke apa..lantak la...tapi dia cucuk memang tak rasa sakit langsung..siap aku bleh tengok sambil snap gambar lagi...

dan yang kelakarnya, tiba-tiba mamat ni cuak..kahkahkahkah.....

aku tanya la pesal...

"saya tak pakai glove ni bang"..abang jangan share kat internet lak..kena saya nanti...

kahkahkahkah...

 selama aku kene cucuk sebelum2 ni, mmg tak penah pon aku tengok nurse guna glove..
tak tau la aku tu satu kesalahan..hahaha..



walaupon aku kelakar, tapi kesian lak tengok dia sebab memang jelas dia gelabah...


pastu aku cakap la.."aku saje je amik nak buh kat blog aku,.bukan nak naya engko.lagipon manede aku snap gamba penuh ko pon..gambar ni takleh buktikan pape"..hahaha...aku cakap sambil gelak-gelak la masa ni bagi dia cool balik..takut kang stress lak dia kerja duk mikir pasal hal ni...

Tapi apapon aku tetap ucapkan terima kasih la pada semua kakitangan hospital yang baik-baik je layan macam-macam kerenah pesakit ni termasuk aku..haha..teruskanlah berbakti..walaupon tu memang tanggungjawab kerja,tapi banyak pahala korang boleh dapat bila ikhlas wat kerja tu..

choww..


Sunday, October 27, 2013

Ikhtiar Apa Termampu..

assalammualaikum wbt...

Last appoitment masa kat HKL 26/9/2013 tempoh hari doktor dah pon mengesahkan yang kanser aku ni dah pon terkawal..walaupon takda jaminan yang kanser ni tak merebak, tapi sekurang-kurangnya lega la jugak aku..so lepas dari tu, appoitment aku pon di anjakkan la dari setiap sebulan sekali kepada 3 bulan sekali..

Tapi yang membuatkan aku risau balik ni, tak sampai pon sebulan dari result darah yang dikatakan terkawal tu, ada plak dah rasa tak berapa sihat balik ni..adoiilah..appoitment terbaru lambat lagi bulan 12 kang..buatnya dalam 2 bulan nak tunggu appoitment balik ni dalam tak sedar tetiba kanser ni merebak naya aku..

Mujur la jugak hospital selayang masih lagi follow up kes aku walaupon diorang dah hantar aku untuk kimoterapi kat KL..atleast dalam nak tunggu bulan 12 nanti boleh la jugak aku pantau kesihatan aku dengan hospital selayang..

Aku ni sebenarnya jenis malas nak buat rawatan kalau korang nak tau..toksah cakap pasal kanser ni la, selagi tak teruk memang aku malas je nak jumpa doktor..demam pon 3 tahun sekali jarang kena nak jumpa doktor buat pe kan..tapi sebabkan kali ni aku tetiba jiwa kacau balik, tak pasal-pasal aku rajin sikit nak ikhtiar sembuh ni..

Kalau dulu aku memang suspen gila sebelum disahkan mengidap kanser ni, tapi bila dah kompom ada, aku down la jugak tapi redha..dah nak sakit kan, terima jela ujian tu..tapi yang tak bestnya, perasaan tu datang balik..down, takut, sedih..dan macam-macam la terpikir dalam kepalotak aku ni..memang kacau la..


Rabu lepas, time aku dah serabut kat opis, member aku ade rekemen rawatan islam Darul syifa'..sebelum ni aku penah dengar-dengar je la tempat tu..tapi kali ni aku tak banyak cakap terus aku cari info dan chow je halfday kerja pegi tempat tu kat Bangi..alhamdulillah la, lepas balik tu dalam sehari aku rasa ada perubahan sikit, kurang la sakit tu..

Tapi, tu taklah melegakan aku sepenuhnya, walaupon aku cuba rawatan alternatif, aku masih perlukan rawatan moden sekarang..sebab dengan tu je aku tau perkembangan kesihatan dari ujian darah ye dak..So hari jumaat lepas pulak, aku pon buat la tumor marker lagi kat hospital selayang tu..tak berani aku nak tunggu 3bulan lagi kat HKL tu..appoitment untuk CT Scan pon aku dah uruskan sekali...

Harapnya sakit-sakit yang aku rasa ni bukan kanser tu lagi la..result darah ni lagi 2 minggu ni pon aku rasa dah lama nak tunggu..tak boleh ke cepat sikit bhai..hahaha..


chow...


p/s : sory sida, tak mampu nak datang kenduri ko..bajet takde..

Monday, September 09, 2013

Tumor Marker Test..

assalammualaikum wbt..

Lama lak rasa tak tulis entri baru baik kat sini atau blog sampah..banyak idea idea yang aku nak tulis sebelum ni dah terbang hilang camtu je pasal tak berkesempatan nak menulis..nak cakap aku sibuk sangat pon idok la..yang pasti aku dah malas betul nak klik new post bila mengadap blog ni..hahaha..

Skip je terus tentang perkara yang baru harini berlaku sebelum aku lupa..sungguh! aku cuba tulis entri ni dalam kemalasan yang melampau dan terpaksa la aku gagahkan diri jugak spend 15-20 minit tulis kejap entri ni walaupon aku sedar blog aku ni bukan untuk bacaan umum sangat pon..hahaha..

Pagi-pagi tadi aku dah sampai HKL lepas hantar bini aku pegi kerja..oh ye..ni belum temujanji ketiga lagi..harini aku baru pegi hantar sample darah untuk tumor marker...yang menariknya harini, sesampai je aku kat jabatan radioterapi dan onkologi tu, dari jauh aku dah nampak sesusuk tubuh orang yang aku kenali..



aku cuba la cover line, cecepat aku pakai balik rayban dan cuba secover habis untuk elakkan dia nampak, tapi tetiba suara dia cepat je menerjah ke gegendang telinga aku dari belakang..


"angah, buat apa kat sini"


"eh maklong, tak perasan pulak tadi" gaya aku berlakon ibarat pelakon drama terbaik 2013..


Rupanya dia pon tak tau lagi yang aku sakit..tak pasal-pasal je banyak soalan subjektif  aku nak menjawab pagi-pagi ni..adoii...haha..


"maklong datang dengan sapa?" tanya aku...


"dengan Paklong ko la, dia pegi cari parking kereta nun?"


"Ooooo.."


Nak cerita lebih-lebih kang jadi macam novel lak sebab banyak sangat dialog perbualan..haha..ok pendekkan citer, untung jugak aku dapat jumpa Makcik aku kat ni..boleh aku siasat sendiri pasal kimoterapi ni dengan dia pasal dia sendiri dah melalui sendiri..

Bla..bla..bla..makcik aku ni eceli tengah berlawan dengan kanser payudara stage 3..rawatan kimoteri pon masih belum sudah..memang aku dah sedia maklum pon dia ada kanser sebelum ni, tapi sebelum ni dia buat kimo kat hospital selayang je, tapi kali ni dia kena sambung pulak buat radioterapi pulak kat HKL ni..


Kesian kat dia, tapi aku pon kesian kat aku..eh..camne tu...yela..aku muda lagi kot..hahaha.. bila aku tanya maklong aku tentang kimo ni, dia jawab la dia baru 6 kali buat kimo..kimo yang 1st dan 2nd tak sakit lagi..tapi bila yang peringkat seterusnya kimo tu memang menyakitkan..

Aku dengar pon dah cuak..mujur la maklong aku ni bertudung..kalau kat rumah, maklong aku cakap bulat je licin kepala dia..habis gugur rambut..badan sakit, takda selera makan, ulser, demam, .kira tipikal la macam yang aku dah biasa baca kesan sampingan kimo ni..kalau secara logiknya aku memang tak nak sakitkan lagi badan aku lebih dari sakit macam yang aku mention dalam entri lepas..

Orang Syiah gila je kot sanggup sakitkan diri..hahaha..tapi kalau dah kimo je rawatan terbaik, apa lagi boleh buat kan..apa pon aku harap masa aku jumpa doktor 2 minggu dari sekarang, keputusan tumor marker tu dah menunjukkan tanda baik la..harap tak payah la aku buat kimo nanti...

ok siap satu entri..!!..hahaha...


Sunday, August 25, 2013

Temujanji Dua - Sakit lebih dari sakit..

assalammualaikum wbt..

Khamis yang lepas temujanji aku dengan doktor pakar di HKL seawal 10pagi..walaupon tahap kenevesan aku nak jumpa doktor tak lagi secuak dulu, tapi tetap ready jugak la terima apa je keputusan tentang tahap kesihatan aku ni..btw..kesihatan aku sekarang masih lagi 50/50..tu la yang doktor bagitau secara ringkas..

Masih macam dalam perjumpaan lepas, doktor ni asal boleh nak buat kimoterapi je  kat aku..senang citer dan lebih terjamin la percen kesembuhan katanye...tapi aku macam biasa la, tetap jugak nak mengelak dari rawatan ni..takut aku..hahaha..

Dalam 3 bacaan yang diambil pada Tumor marker yang aku bagi dalam perjumpaan yang lepas, 2 daripadanya dah menunjukkan positif yang kanser tersebut semakin pulih dan bacaannya menurun..cuma 1 lagi tu je degil..bukannya statik ataupon menurun, tapi makin mendadak pulak naik bacaannya..adoii...so sebab tulah doktor cakap aku masih belum ditahap selamat coz ketiga-tiga bacaan pada tumor marker tu penting dipantau supaya turun..


 Doktor yang aku jumpa kali ni seorang doktor india pulak..terima kasih la doktor sebab doktor kali ni memang agak jujur la dari doktor-doktor yang aku jumpa sebelum ni..hahaha..ada ke dia yang sarankan aku buat kimo, tapi bila aku tanya dia kimo tu sakit ke tak, selamba je dia cakap

"kimo ni eceli sakit lebih dari sakit"

Dafuq.!!..

Ni memang buat aku makin tak berani la nak kimo ni kan..sebelum ni doktor lain yang aku tanya diorang just cakap takda sakit pon just masuk ubat je..pastu cakap la kesan dia pening, muntah, takda selera makan, rambut gugur, bla..bla..bla...walaupon kat situ pon dah nampak teruk kesannya, tapi takda la jujur sangat kan cakap "kimo ni lebih sakit dari sakit"..doktor ni memang gila..hahahaha...

So aku pon buat lebih pandai dari doktor la kan bila dah dengar dia cakap macam tu..tak maunye aku buat kimo ni..gila apa, aku nak rasa sakit dari sakit yang aku hidap..hahaha..so dengan yakin je la aku bagitau doktor camni..

"saya nak buat sekali lagi tumor marker doktor, lepas ni kalau bacaan tu tinggi jugak baru kimo"

Doktor pasrah jela dengan keputusan aku..hahahaa..so untuk genapkan bacaan yang lepas dari yang terbaru aku mintak buat ni berbeza sebulan..makanya awal september ni aku akan ke makmal HKL lagi buat tumor marker dan 2 minggu selepas tu baru jumpa doktor semula untuk keputusan..harap masa tu bacaan semua dah rendah la..

choww...




Saturday, August 10, 2013

Dairi Aidilfitri Rafique Bundle..

assalammualaikum wbt...


Sepanjang tahun ni aku kira dah bermacam cerita suka duka terjadi dalam hidup aku..ada bahgia mesti ada duka..gitu la lumrah dunia ye dak..apa pon semperna aidilfitri kali ni, marilah kita sama-sama meraikan dengan gembira..masalah letak tepi dulu..

Raya tahun ni bagi aku special sikit la sebab ahli keluarga aku dah bertambah sorang..bermakna zakat fitrah  kena bayar untuk 3 kepala la kan..haha..ok tu bukan isunye..sebenarnya apa yang aku nak tulis pon aku lom pikir lagi ni..haha..setakat ni aku rasa elok aku upload gambar je, mungkin lebih senang aku nak bercerita..hahaha..

Monday, August 05, 2013

Temujanji satu..

assalammualaikum wbt..

Eceli pada 2 ogos lepas aku dah pon selesai temujanji dengan pihak hospital...punya aku eksited awal-awal aku dah sampai..hahaha...ala aku merempit lebih kurang, dalam 20minit sampai la HKL dari selayang ni..lama pulak rasa tak bawak motor masuk town lepas ada anak...mujur skill merempit aku ni tajam lagi...haha..

Ok, bukan nak citer pasal rempit..macam yang tengah trending kat blog aku ni, adalah pasal kesihatan aku la kan..bajet trending..puihh..haha..nak citer banyak malas sebenarnya, just apa yang boleh aku bagitau, dalam perjumpaan ni cuma borak2 je..


aku suka doktor ni..clear dia bg penerangan..
tapi bab info tu aku tak sempat record...hahaha


Tapi aku berpuas hati la dapat jumpa yang real pakar tentang kanser ni..macam yang doktor Sue(bukan nama sebenar) beritahu, aku ada 2 pilihan dalam kes ni..permerhatian sahaja atau terus kimo..permerhatian ni bergantung dengan keputusan darah aku tu la..kalau bacaan tumor markers tu masih tinggi doktor sarankan aku buat kimo sebelum sel kanser tu aktif balik..tu je..simple kan..hahaha...

Tapi apa pon keputusan bergantung atas aku jugak..walaupon memang diwajibkan sekalipon untuk kimo, doktor tak paksa kalau patient tak nak...cuma harapnye aku tak perlu la kimo buat masa ni..harap bacaan tumor markers tu positif yang elok la..next appoitment lepas raya pulak...


Cuma 1 yang aku pelik tentang Jabatan radioterapi ni ialah kenapa dia suh aku kimo plak..ingatkan kena radioterapi la kan..onkologi je aku tak tau menda apa..malas tanye dan malas google..hahah.. 

Apapon yang penting doktor cakap aku masih boleh "pantang jumpa" kalau bab makan..syukur alhamdulillah..hahaha..rasanya apa yang google bagitau tentang pantang makan untuk pesakit kanser tu satu haram pon aku tak ikut, semua aku bedal lagi sebelum doktor cakap ni..kehkehkeh..

So, sebelum terlambat, aku nak amik kesempatan ni jugak untuk ucapkan selamat hari raya untuk sapa2 la yang baca blog ni, kawan-kawan yang banyak support, doktor gigi, brader posmen, serta sekelian muslim dan muslimat..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Friday, July 26, 2013

'Mintak mati boleh'...lulz.

assalammualaikum wbt..

Pejam celik, pejam celik kejap je dah 17 ramadan..ini bermakna dah 18 hari  la aku MC tak kerja dan akan terus berlanjutan seminggu lagi..boring jugak lama sangat cuti ni..hahaha...

Sejak awal puasa tu hari, aku tengok ramai la kawan-kawan post, baik status kat fb atau entri kat blog pasal puasa, iftar ni semua..macam biasa bagi orang yang baru berkawin, status gedik yang nak bagitau kebahagiaan dia bersama laki selalu la terpampang kat wall aku time-time puasa ni..

"ramadan lebih bermakna bersama suami"

"bersahur/iftar bersama suami di hotel sunway"

Adoila..nampak sangat aku anti dengan status-status kezen aku sorang ni..tu belum kira yang berkaitan anak..kahkahkah..
 
Nak je aku suruh KHK troll kezen aku ni..nak cakap dia ni budak budak lagi, dah jadi mak budak pon..hahaha..tah la...

Ni la akibatnya kalau terlebih berfesbuk..aku nak citer banyak pon tak payah la kan..kalau dah jenis attention seeker tu korang bayangkan la sendiri camne..habis semua benda nak citer...

Satu lagi yang aku perasan, member-member yang sekapal masa kaki chatting dulu memang kuat post status kat FB dan diorang semua masih aktif dengan group tu.ramai yang attention seeker gak kat sini..dan yang pelik tah macam mana tiba-tiba je aku boleh ada dalam group tu...

Ni pon satu lagi group yang tak berkembang dari dulu..hahaha..cuma yang boleh dibanggakan, diorang masih lagi frendly macam dulu.. tu terbaik..masih lagi invite aku untuk apa2 event..aku je malas join..hahaha..tapi group ni best la untuk aku troll dan tengok orang bergaduh..so sbb tu aku stay je lagi...hahaha..

Ingatkan bebudak yang suka chatting ni berkembang la kepala otak, rupanya ramai yang noob lagi..kehkehkeh...dah la jenis 'like' status sendiri, maki-maki dalam status macam budak kecik..adoiila..masing2 dah tua kot...boring betul bila aku nak troll perangai diorang ni, siap tanya balik apa yang aku cakap..noob sangat kay..hahaha..

Satu lagi pendedahan yang KHK buat memang banyak berlaku sekarang..tapi ramai budak2 yang baru up la buat camtu..suka sangat buat status pasal nak 'mati'..

ni  contoh je..banyak je lagi ayat ayat yang konon mintak mati ni..

pendapat aku :

"kita senang bercakap pasal nak mati bila kita tak nampak lagi bila kita akan mati dan tak rasa lagi yang ajal tu dekat dengan kita, tapi bila diri sendiri dah rasa berdepan dengan ajal, ade penyakit macam aku ni baru korang takut mati dan korang tak mungkin akan suka-suka nak cakap macam tu, dan masa ni baru la sedar kalau boleh taknak mati awal  pasal belum selesai urusan dunia dan belum cukup amalan,"

Citer ringkas Dairi Ramadan Rafique kali ni, aku dah kene cop muka betik sebab selalu sangat beli buah betik potong kat kedai makan sebelah rumah mak aku ni.. ni semua sebab masuk wad tu hari la depa asik bagi makan buah betik je..terus lak aku gila betik..hahahaa..

ok tu je nak burak..choww...

p/s : rojak buah betul entri aku ni..hahaha..

Saturday, July 20, 2013

Last Report


assalammualaikum wbt..

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak tulis pasal penyakit dan perasaan yang aku alami sekarang, tapi tak tau lak aku nak tulis macam mana...

huh..sekali tengok blog ni dah macam terlalu personal la plak..hahaha..so memang tepat la pilihan aku tulis entry kat sini kan..aku tengok kawan-kawan yang tau pasal blog ni pon dah macam tak terkomen entri2 aku..speechless ke apa?..hahaha..mungkin sebab entry kat sini dari side yang orang tak penah nampak lagi kot..hahaha..

yela, aku manusia biasa jugak..tak lari dari masalah dan penyakit..so ni la kehidupan aku yang korang leh nampak sekarang..walaupon aku cuba tak menzahirkan kesedihan dan kemurungan aku depan orang, aku tetap tak terlepas dari rasa tu..cuma ni la kot caranya aku boleh buat..meluahkan penceritaan dengan blog ni...

Seriusly aku memang tak mengharapkan simpati sesapa pon..kalau boleh aku pon taknak ade orang yang kesian dengan aku..kay la, aku taknak merepek banyak pon sebenarnya dalam entri ni, cuma nak kongsi sikit rakaman suara yang telah aku record kelmarin masa kat spital..

sound serabut sikit pasal dalam bilik tu ada 2orang doktor dan 2 patient..

Kan mcam aku dah cakap dalam entri lepas, doktor ni takleh ke bagi sikit harapan kat aku..hampeh betul..buat aku takut je..hahaha...takpela, lepas aku pegi jumpa pakar kat HKL nanti, aku tulis lagi apa yang berlaku..choww..

Thursday, July 18, 2013

The silent killer..

assalammualaikum wbt..

Harini 18 Julai bersamaan 10 ramadan orang islam berpuasa..tapi aku dah kurang 3 hari tak puasa sebab 1st day puasa tu hari aku kene jalani operation...dalam 4 hari aku kat wad, 2 hari aku terpaksa puasa malam yang jangka masanye lebih lama dari puasa betul..hampeh..ingat aku dah puasa dari malam boleh la oprate pagi..tapi sampai ke petang jugak aku kene tunggu..alih2..dari malam aku puasa..malam berikutnye baru boleh makan..huh..lapar gila bai..

Berkat ramadan dan doa semua yang mendoakan kesihatan aku, alhamdulillah aku beransur pulih dah sekarang..sapa sangka aku bleh dapat penyakit ni..'testicular tumor'..memula tu ada la perasaan malu jugak kan nak jumpa doktor, yela tang anu yang sakit, 2 kali aku pergi klinik sebab takda doktor lelaki...bukan apa, aku tak percaya kat doktor perempuan tahu sangat pasal sakit lelaki ni..hahaa..

Tapi macam dah agak, bila dah rujuk ke hospital, pakar-pakar kat hospital ni ramai lagi yang perempuan..dah tu muda-muda je aku tengok..ke aku yang dah tua ni..err..nak cakap aku sakit sebab tumor ni tak jugak, sakit tu cuma ada sekali sekala je..dan sepanjang aku pegi jumpa pakar memang bukan masa sakit la just simptom2 jela ada macam bengkak dan testis jadi keras tu..



Masa ni memang perasaan malu tu langsung dah takda, doktor perempuan cun macam fatin liyana chek pon aku tak kisah dah..habis habisan anu aku kene belek time scan tu..hahaha..bila dah keluar result ultrasound tu, time tu la aku terus kena tahan wad..ade tumor katenye.esok jugak kena operate buang .mujur la doktor cakap ni kira baru kanser stage1..

Tapi seriusly walaupon dia cakap baru peringkat awal, banyak je lagi benda lain dia dah cakap yang buat aku risau..perasaan aku masa ni seriusly banyak pikir redha je la..maksudnya aku lebih banyak pikir negetif dan redha..nak pikir positif dan redha payah sikit sebab masa tu belum oprate, dan belum buat CT Scan..banyak lagi kemungkinan buruk boleh berlaku..

Lepas pembedahan doktor ada bagi tau aku yang waktu bedah tu nampaknye takda la tanda kanser tu merebak lagi..so masa ni baru aku positif sikit dan redha..tapi belum sepenuhnya nak positif la sebab sehari lepas oprate tu baru buat CT scan yang akan menentukan kanser tu merebak ke tak dengan pasti..tapi baru nak positif sikit doktor bleh lak cakap nanti aku kena buat kimoterapi jugak walaupon dah buang..wtf...siap pesan aku kena buat sperm bank bagai sebab bila kimo sperma yang tinggal akan rosak..arghhh..tak boleh ke doktor ni bagi harapan sikit kat aku..hahahaha..


Jiran katil aku kat wad, dalam sebulan je sakit, sekali check dah 
cancer stage4..kesian..korang jangan lambat-lambat jumpa doktor 
kalau ada perubahan kesihatan.!!.


Alhamdulillah, Result scan memang clean..lega  aku..so rasanya tak perlu la aku jalani kimoterapi tu kan..sebenarnya apa yang aku risau, walaupon bukan sebab kanser yang ada tu merebak, aku risau jugak la kot2 memang aku ada kenser paru-paru ke apa yang yang tak nampak kat dalam tu sebab aku kan memang perokok yang tegar..mujur semuanya ok..

Percayalah perancangan Allah memang sempurna,setiap yang berlaku ada hikmahnya..tengok la, akhirnya sekarang aku dah berhenti merokok terus..walaupon aku tau paru-paru aku sihat lagi, tapi aku dah bebas nikotin sekarang dan memang taknak hisap lagi..thanks Izzah (member opis aku) ayat sentap kau bagi memang terus lekat kat otak aku..



Tuesday, July 16, 2013

Meninggalkan atau ditinggalkan?

assalammualaikum wbt..

Nampak sangat aku ni susah betul nak tinggalkan bidang menulis blog ni..err..ni kira bidang ke?..hahaha..tak kisah la apa pon..kalau dulu, entry yang aku tulis di blog sampah memang aku sangat menitik beratkan isu dan isi..serius..semakin lama aku menulis makin aku utamakan isi-isi yang aku nak kongsikan tak kira lawak, ilmiah, islamik, troll sentap dan apa-apa la yang aku rasa menarik..

Walaupon nampak macam penulisan santai, mungkin korang tak tau yang aku memang agak serabut bila takda isu yang aku boleh tulis dalam setiap minggu, tu baru setiap minggu aku letakkan target..cuba kalau setiap hari aku pikir nak tulis apa..mungkin aku dah gila sekarang..mujur aku bukan penulis atau editor mana-mana bidang penulisan..kehkehkeh..

Ni la antara cabaran besar yang aku rasa sejak jadi blogger ni..dengan mengunakan nama blog sampah tu sendiri menjadikan satu motivasi untuk aku buat blog aku bukan sekadar nama yang loser, hina , busuk, atau kotor..kepuasan maksima bila pembaca yang baru kenal blog sampah dengan membaca entri-entri aku akan dapat apa yang sampaikan..

tak kisah la respon camne pon..ada yang kata,

naiss, ini bukan sampah.., takda la sampah pon,,mana sampah??

hahaa..komen-komen camni sebenarnya sikit sebanyak buat aku kembang..ekeke..yela, tercapai la motif aku kan..tapi tu la, tak senang nak dapatkan info dan perkongsian bagi pembaca seronok ni..bagi aku memikirkan hal ni memang satu bebanan..so aku memang dah taknak bebankan kepala otak aku dengan tekanan nak menulis blog ni lagi..

dah tu, mesti korang cakap pesal nak tulis lagi kat bundlepages ni?..hahaha..kat sini bukan apa..takda sapa pon yang tau..dan blog ni memang bukan untuk aku kongsikan apa2 infoteinment, atau apa2 isi..so aku takda tekanan apa aku hadapi tentang blog ni..aku bebas nak tulis pasal personal dan apa2 je la..tak payah nak jage bahasa, typo, pikir maklumat apa aku nak sampaikan..tulis je apa aku suka..

mungkin ni la rasanya jadi blogger yang tak payah pikir pasal nak buat perkongsian berguna untuk orang lain..sekadar tulis pasal diri atau apa2 yang merepek..tak mencabar langsung..hahahaa..lebih2 pulak pengenalan diri anonymous atau bukan pengenalan diri secara rasmi..memang syok gila la menulis..takda rasa malu, takda sapa kenal..tp aku pengenalan asli la ye..hahaha...

apapon keputusan aku berundur dari blog sampah memang aku tak kesalkan langsung..apa yang aku tulis ni  antara sebab utama la jugak aku nak berundur selain dah takda target apa2 lagi macam yang aku mention dalam entry last blog sampah tu.. aku taknak lagi banyak pikir pasal blog..aku taknak blog aku jatuh terus, hilang pembaca disebabkan aku tak mampu sampaikan benda menarik untuk dikongsi..

So, cara terbaik bersara dulu sebelum jatuh..aku penah cakap dulu nak menten lagi susah dari naik..ni la sebabnya aku nak stop..tak mampu lagi dah nak menten..walaupon aku bukan la dikemuncak dalam blogging ni..tapi atleast aku dapat tinggalkannya waktu orang masih ingat aku dan nak baca entri idea kepalaotak aku ni, agak better la dari aku ditinggalkan ye dak..hahaha...sedih kot kalau dari kosong kita naik, last2 jadi kosong semula..hahahaa..jadilah macam Drogba..lepas berjaya dengan chelsea terus blah dari situ..so orang akan kenang dia selamanya kat atas je tanpa ada kejatuhan..


p/s : tp dengar citer Jose mourinho nak amik balik Drogba join chelsea..haha..aku harap drogba jangan la terima pasal tak selamanya kita kat atas..nama dah lejen nak apa lagi...



Saturday, July 13, 2013

Repost : kerana penyakit itu..(update)..

assalammualaikum wbt..

Sejak dua menjak dengar taklimat tentang kesihatan ni, aku rasa risau plak pikirkan kesihatan diri..firstly ayah dan mak aku sendiri pon ada penyakit yang memang boleh diwarisi..so benda ni memang buat aku risau..

Walaupon sekarang aku rasa sihat, jaga makan..masih menten slim, tapi tetap tak boleh elak kan kalau nak kena..penyakit kencing manis ni ayah aku dah ada..memang kalau korang yang belum tahu..penyakit ni takda ubat pon lagi..kuman tu sampai mati la ada..nak tak nak memang kena makan ubat...

mak aku pulak, darah tinggi..ni pon penyakit yang aku berisiko boleh dapat..adehh..macam mana jaga kesihatan pon kalau dah nak kena, kena jugak kan sebab dalam darah tu dah ada cuma tunggu penyakit tu keluar je..nak tak nak kena la contol makan sebab makanan kita sekarang ni la yang banyak sekali menyumbangkan penyakit..

Satu lagi penyakit yang aku agak gerun dengar pasal kanser..yang ni sesapa je ada risiko tak kira ikut keturunan atau tak..tapi kalau ada keturunan yang pernah hidap kanser, persen nak kena kat kita lebih tinggi la..

Info pasal kanser yang aku dengar tu memang menakutkan..point ringkas yang aku boleh cerita kat sini ialah kebanyakkan pesakit kanser bukan meninggal dunia sebab penyakit tu, tapi sebab sakit akibat rawatan kimoterapi..korang boleh bayangkan tak macam mana sakit bila dah jalani kimoterapi tu..

Dah la rawatan tu makan beratus ribu..mana nak cekau duit..bila dah buat pulak, orang yang menanggungnya seksa ya amat..ahli keluarga yang nak menjaga,tengok pon sedih..tak terbayang macam mana aku nak handle situasi ni andai terjadi dalam keluarga aku..doa je la semoga Allah swt jauhkan kita semua dari penyakit..



UPDATE ::

Bila baca balik entri ni aku rasa camni.. "ahh, tak sangka apa yang aku risaukan, kena kat aku sendiri"..hahahahhaa...

Redha je la..terima kasih kat kawan-kawan yang banyak support dan doakan aku...

kadang-kadang rasa macam dalam drama melayu pon ade..

" Tuan, disahkan mengidap kanser " kata doktor Ismail kepada Datuk Hasan..kehkehkeh..

apapon yang penting sekarang aku kene positif...

kena diet  sebagai pesakit..yang ni aku lemah betul..banyak sangat kot aku takleh makan...hahaha..

harap tak payah buat kimoterapi..dan last sekali doa banyak-banyak..



p/s : cet..dah macam dairi plak..hahaha....









kerana penyakit itu..

assalammualaikum wbt..

Sejak dua menjak dengar taklimat tentang kesihatan ni, aku rasa risau plak pikirkan kesihatan diri..firstly ayah dan mak aku sendiri pon ada penyakit yang memang boleh diwarisi..so benda ni memang buat aku risau..

Walaupon sekarang aku rasa sihat, jaga makan..masih menten slim, tapi tetap tak boleh elak kan kalau nak kena..penyakit kencing manis ni ayah aku dah ada..memang kalau korang yang belum tahu..penyakit ni takda ubat pon lagi..kuman tu sampai mati la ada..nak tak nak memang kena makan ubat...

mak aku pulak, darah tinggi..ni pon penyakit yang aku berisiko boleh dapat..adehh..macam mana jaga kesihatan pon kalau dah nak kena, kena jugak kan sebab dalam darah tu dah ada cuma tunggu penyakit tu keluar je..nak tak nak kena la contol makan sebab makanan kita sekarang ni la yang banyak sekali menyumbangkan penyakit..

Satu lagi penyakit yang aku agak gerun dengar pasal kanser..yang ni sesapa je ada risiko tak kira ikut keturunan atau tak..tapi kalau ada keturunan yang pernah hidap kanser, persen nak kena kat kita lebih tinggi la..

Info pasal kanser yang aku dengar tu memang menakutkan..point ringkas yang aku boleh cerita kat sini ialah kebanyakkan pesakit kanser bukan meninggal dunia sebab penyakit tu, tapi sebab sakit akibat rawatan kimoterapi..korang boleh bayangkan tak macam mana sakit bila dah jalani kimoterapi tu..

Dah la rawatan tu makan beratus ribu..mana nak cekau duit..bila dah buat pulak, orang yang menanggungnya seksa ya amat..ahli keluarga yang nak menjaga,tengok pon sedih..tak terbayang macam mana aku nak handle situasi ni andai terjadi dalam keluarga aku..doa je la semoga Allah swt jauhkan kita semua dari penyakit..

tarikh baru : 5mei 2012

Monday, July 01, 2013

Kemurungan aku..

assalammualaikum wbt..

Keinginan aku nak menulis berkaitan peribadi untuk kali ni agak meluap-luap la kiranya..aku nak start macam mana pon tak tau..so dengan timbulnya entri kat sini, bermakna aku tak mengharapkan sapa-sapa baca la kecuali korang-korang yang aku dah anggap sahabat blogger yang follow sini..blog sampah tu memang tak sesuai gamaknye..hahaha..

Dari beberapa minggu yang lepas, aku ni agak kemurungan sebenarnya..tapi saja tak tunjuk dengan sapa-sapa bahkan dengan bini aku sendiri aku buat rilek dan hepi2 macam biasa..macam takda masalah kononye..eceli sejak bini aku kat kampung lagi masa berpantang kat sana, aku ade mengadu kat dia yang aku sakit..sakit yang tak tau apa punca...so .masalah aku ni berkaitan kesihatan la ye..

Masuk sekarang dah hampir sebulan gak aku ada simptom2 ni...bila aku google tanda-tanda penyakit tu ada pada aku, lagi la buat aku tak senang hati..nak pergi klinik aku takut..adehh..tapi lastly semalam aku pergi jugak la sebab aku memang dah risau gila..macam yang aku agak..doktor kat klinik takkan anggap aku ade penyakit biasa..so dia suruh la aku pegi chek kat hospital untuk ultrasound..


Lani dalam kepala otak asik terbayang anak bini je..mujur la tengok muka si ammar wazi tu boleh tenangkan aku..teringat dulu-dulu aku dengan kawan-kawan selalu cakap, " oii, aku belum kawen lagi" yang merujuk keadaan yang selalunya merbahaya yang maksud yang lebih tepat "aku belum nak mati lagi"...hahaha..penting agaknye kawen dulu sebelum mati ni..hahahhaa..

Tapi andai la umur aku tak panjang, aku rasa kenapa la aku tak mati awal-awal dulu sebelum ada anak bini..so korang silalah  betulkan kata-kata yang macam biasa orang sebut tu..nak mati elok time kecik-kecik sebelum kawen..hahaha..serius beb..gelak-gelak jugak..aku ni tak suka susahkan orang, kalau aku sakit, ofkos secara otomatik aku aku susahkan bini aku..kalau aku jalan terus, susah plak bini aku nak survive..jadi janda, anak jadi yatim.aku bukan kaya boleh tinggalkan dia harta...arghh...

Dan yang penting, aku memang nak la sangat tengok anak aku tu membesar..tu je..tacing gak aku bila pikir hal ni..tah la..sori terciter kat korang..kalau ikutkan harini aku dah kene pi hospital tapi sebab mak dan ayah mertua aku ada lagi kat rumah aku, aku taknak la pegi lagi..kang semua orang tau plak..Rabu ni je la kot aku lapor diri kat hospital..korang jangan tanya aku sakit apa,bila nak mati, bape lama bleh hidup, cuma doakan la ye aku sihat balik dan umur panjang ye..hahaha..


p/s : maaf ye kalau de salah silap..mungkin blog sampah akan aku tutup la kalau jadi apa-apa..




Thursday, January 17, 2013

best selling : how to understand women

Masa selongkar satu blog ni ,aku terjumpa satu entri tentang seorang budak berumur 12 tahun telah menulis buku bertajuk bagaimana untuk memahami perempuan..

Ini adalah genius..





kehkehkehkeh...........




Tuesday, January 08, 2013

Sentap : Tunjuk barang..

assalammualaikum wbt....

Sebenarnya aku ada terpikir satu niat jahat untuk troll friendlist aku kat FB tapi masih belum tau cara camne nak buat disebabkan takut akan terganggu dengan komen-komen lain pulak nanti..apa yang aku nak buat ni akan melibatkan bini aku..tapi dia ok jela sebab aku dah terangkan ni cuma lakonan...

Niat aku nak orang yang baca status aku akan butthurt..kompom akan terasa..tapi susah kalau orang lain sibuk jugak nak komen..so aku abaikan je la lagi sampai sekarang..hahaha..

kalau la aku pandai bab manipulasi gambar pon dah bagus..boleh jugak aku edit cam yang banyak orang buat status dan komen-komen fake yang melibatkan nama-nama terkenal tu..dah siap boleh printscreen dan buat entri kat blog..tapi bab tu aku lagi la gagal..adehh..

habis bab trollong yang tak siap tu.kehkehkeh..sebelum ni aku ada cakap pasal aku geli dengan status orang yang baru kawen terutamanya kan..tak habis2 nak tunjukkan yang depa tu couple of the year la konon2nya..puii..

lani aku nak cakap lagi ada satu lagi jenis manusia yang bagi aku agak menjengkelkan jugak la..berlagak dan suka menunjuk-nunjuk..tu pandangan aku dengan orang orang camni...

asal beli barang baru je terus snap gambar pastu upload kat FB..kehkehkeh..

ada sorang ni kat FB aku suka sangat camtu...contoh camni la...

kita baru beli kasut joging baru..hujung minggu nanti boleh la joging..

ni contoh je..lebiih kurang camtu la yang aku maksudkan..ada je setiap kali dia beli benda baru nak tayang kat orang..perlu ke??hahahhaa.....penilaian aku terhadap orang camni adalah spesis yang berlagak dan suka menunjuk-nunjuk..

berlagak tu mesti la sebab dia akan upload kalau barang yang dibeli tu jenis branded je..kalau beli jam mesti nak tunjuk beli jam yang mahal dan branded...pastu mengharapkan orang puji...puii la kalau nak tunjuk dia beli jam kat pasar malam je...


'cantiknya jam awak, mesti mahal kan'

taklah, murah je..beli kat KLCC..husband i belikan..

puiii..berlagak betul...

seriusly benda ni perkara biasa aku nampak kat wall dia..dah la sedara mara jugak ngan aku...deyummm..hahahaha..

pada orang-orang yang buat bisnes online tu takpa la..korang nak bisnes ofcoz la kene tunjuk barang..tak kisah la kat FB ke kat mana-mana pon..cuma yang aku rasa annoying tu kalau kes macam aku citerkan tadi je la..sikit sikit tunjuk barang..wat the helllllllllllllllllll..................





Friday, January 04, 2013

Karya seni yang ohsem

assalammualikum wbt..

Lama gila aku tak update blog ni..kesian kau blog.mentang-mentang orang tak kenal, aku ambaikan pulak kau ye..haha..sori la blog..kahkahkah..tapi macam sayang pulak duk biarkan je kau camni..-_-'
ok ok..aku update ko sekarang..hehe..

Btw, aku seorang yang meminati seni sebenarnya..walaupon aku kasar..ada sikit la kelembutan dalam jiwa aku sebabkan minat seni..hahaha..bak kata sorang chef ni (lupa nama dia apa)..that's why la kenapa ramai chef lelaki ni lembut-lembut sikit sebab berjiwa seni..ada yang melahirkan jadi lembut macam bapok, ada yang melahirkan dengan karya-karya sahaja dan ada jugak yang melahirkan dengan sikap..jiwa depa seni sangat kot...haha..

ok.sebabkan  kat blog ni aku tak perlu cakap banyak,dan orang bukan masuk pon..haha..amik la ni terus..benda ni dah lama pon aku tau..saja la untuk simpanan koleksi2 seni realistik yang ohsem macam ni dalam blog aku..


Lukisan Ikan emas 3D realistik 

Seorang  Japanese artist yang lebih artistik dari maria ozawa telah memukau aku dengan karya lukisan ikan emasnya yang 3D dan sangat hidup dengan hanya melukis dengan mengunakan cat acrylic dan cecair clear resin..this is ohsem bro...



ini adalah lukisan...




Lukisan pensel yang realistik HD..

Lukisan ini dihasilkan oleh pelukis Itali dengan hanya mengunakan pensel..wtf..serius dah macam gambar yang diambil mengunakan mod black and white..gambar yang aku snap pon lebih buruk dari ni...deymm..