Pages

Monday, October 06, 2014

Bacaan Result Tumor Marker 2013-2014

assalammualaikum wbt..

So laporan kesihatan aku yang terkini  alhamdulillah..semua pon ok je..26/9/2014 lepas, temunjanji aku di Unit Onkologi tak berjalan lancar..hampeh..penat aku tunggu lama dengan suspen nak tau result darah yang aku hantar sebelum tu, sekalinya dalam laporan doktor tu, 'sample darah tidak diterima'..wtf..

Kesudahannya terpaksa la aku kene cucuk lagi haritu untuk sample tumor marker yang baru..tah kemana lak hilang darah yang diorang ambil tu..aku memang dah malas betul nak ke HKL tu lagi..memang la tak jauh mana pon dari rumah aku..yang tak bestnya tu, nak tunggu berjam-jam..tu menunjukkkan betapa ramainya la pesakit kanser yang ada kat Malaysia ni kan..

Bayangkan setiap hari rasanya tak kurang 100-150 pesakit ada yang datang ke Onkologi HKL tu..isnin-jumaat setiap hari ade temujanji..Unit ni bukan macam Unit ICU ke rawatan pesakit luar yang terima macam-macam kes..yang ni khas untuk kanser je pon..bila tengok macam tu selalu, dari aku takut mula-mula dulu dah sampai jadi biasa dah..

Dan yang menakutkan, boleh kata setiap kali aku datang mesti ada kes baru..tak mustahil jugak setiap hari pon ada walaupon seorang..haih..kanser kot..bukan demam biasa..bukan la nak kata bila seseorang dapat kanser, dia tak mungkin sembuh, tapi kebiasaannya ramai yang tak sembuh dari yang sembuh bergantung peringkat..tapi tu semua ketetapan Allah  SWT la kan..redha, usaha dan tawakal je la..

ni la result tumor marker aku dari tahun lepas..bacaan AFP dengan BHCG yang mula-mula sekali tu tinggi betul..tu tandanya kanser tengah menyerang..tapi lepas operate dah beransur normal balik..

Seorang kenalan aku ketika warded kat hospital Selayang pertengahan tahun lepas baru aku dapat berita yang dia dah pon kembali ke rahmatullah..aku tak pasti dia kanser apa, tapi dari apa yang bini dia bagitau, suami dia dah stage 4 masa tu..Arwah pakcik Zainal ni start sakit kira sama time jugak dengan aku, awal puasa tahun lepas masuk hospital..

Tapi masa tu aku taklah kenal dia lagi..bila aku masuk wad kali kedua untuk buat scan masa tu baru la kenal sebab sama wad dengan arwah..kesian wei..lama betul dia bermastautin kat hospital.lama betul dia kat wad, aku dah keluar masuk pon dia ada lagi...kanser dia cepat betul merebak..lepas aku keluar wad, ada la beberapa kali aku datang lawat dia..kadang sihat, kadang tak berapa sihat..macam-macam suplement bini dia dah bagi try..aku ingatkan last jumpa tu dia dah ok sebab lepas arwah cuba product stemcell tu, dia kata dah ok sikit..ingatkan dah boleh keluar hospital la lepas tu..

Tapi tak sangka, bulan lepas masa aku datang ziarah ayah mertua aku warded kat hospital selayang, aku ambil la kesempatan nak tengok pakcik Zainal ni kat wad dia sekali..terkejut la time tu nurse cakap pakcik Zainal tu dah meninggal sebelum Puasa tu..innalillah..tak sampai setahun pon dari dapat kanser tu..dah takdir dia..yang aku ingat sangat kata-kata arwah tu, dia beria taknak buat kimoterapi..'kalau aku nak mati, biar la aku mati elok je, taknak aku mati keras buat kimo'..hurmmm...