Pages

Wednesday, August 15, 2012

WTF : Henyak kepala suami sebab tak dibeli baju raya..

assalammualaikum wbt dan salam lebaran..

kahkahkahkahkah..hampeh punya bini..dengan lesung batu kau tibai kepala laki kau sebab tak dapat baju raya..kahkahkahkah..nampak macam kelakar, tapi sedarkah beliau kalau nak tinggi suara dengan suami pon dah berdosa apatah lagi henyak terus..kahkahakah..

maaf aku cuba nak menulis dengan serius tapi tajuk berita ni buat aku tak tahan nak gelak..gelak-gelak jugak, tapi korang ambil la iktibarnya ok..dah gila sangat ke masyarakat kita harini..sakit jiwa aku rasa kalau sebab tak dapat baju raya dah begaduh sampai macam tu sekali..

So sedikit nasihat aku nak sampaikan untuk suami-suami diluar sana..belikan bini anda baju raya kalau tak nak kepala dihenyak dengan lesung batu atau objek yang lebih bahaya..LoL..

Saturday, August 11, 2012

Batman Dark Knight Rises

assalammualaikum wbt..

Sejak dah pasang streamyx kat rumah ni, aku rasa banyak je nak menulis..maklum la, start ramadan tu hari dah slow sikit aku blogging ye dak..haha..

kali ni aku nak ulas sikit citer yang baru aku tgk tadi..aku tau, dah agak terlambat nak ulas pasal ni..korang pon pasti ada pandangan sendiri lepas tonton cerita tu..cerita batman the dark knight rises..hehe..

Apa boleh buat..walaupon dah 2 minggu tayangan ni keluar..baru harini aku berkesempatan pegi tengok..cerita yang berlangsung lebih kurang 2jam setengah ni bagi aku boleh tahan la..tapi aku lagi kagum dengan cerita yang pertama..

Macam yang aku dah agak..permulaan cerita agak slow..batman pon dah sakit dan bercuti kejap ..apa daaa..bla..bla..bla..sampai akhirnya batman keluar balik kalah plak..tapi biasa la kan..hero kalah dulu..bla..bla..blaa..akhirnya batman jugak la yang dapat selamatkan gotham city dari bom nuklear..

Tapi elemen yang buat aku suka ialah tang jalan cerita yang tak dapat dijangka tu..terutama masa perempuan yang batman percaya tu sebenarnya dalang..adehh..apa nak buat..hero cair lebih dengan perempuan..standard la lelaki kan..hahaha..

Sampai penghujang cerita..disebabkan takda cara lain nak matikan bom nuklear tu..batman terpaksa la bawak bom tu ke tengah laut sebelum meletup dan dapat la dia selamatkan Gotham city dari musnah..lepas tu warga gotham city semua baru la sanjung batman balik selepas batman berkorban "kononnya" untuk selamatkan bandar tu..

Tapi yang aku tak puas hati..why batman tak mati masa bom tu meletup..dia lari celah mana sedangkan dia yang bawak bom tu ke tengah laut..walaupon dia duk 10batu dari letupan tu pon belum tentu selamat..hampeh..nampak sangat nipunya..hahhaa..

Aku punya la tak puas hati pikir camna batman tak mati sampai masa keluar dari wayang tu aku tak berhenti membebel aku kat bini aku sebab ketakpuasan hati aku ni..nak nipu pon bagi la pencerahan sikit macam mana batman boleh terlepas..

Kalau korang nak cakap aku bersifat jahat sebab asik mengharapkan orang baik kalah je tak kisah la..dalam death note pon aku suka watak light yang jahat tu lagi dari L..hahaha..tapi bini aku dengan rilek je jawab kenapa batman tak mati..

"sebab dia batman la"

apakah?..#$%@$#%&^

Thursday, August 09, 2012

Pesan Nenek..

Pertama sekali, gambar kat atas yang mewakili 3kaler ni bukan melambangkan pekida atau 3line..jelas sekali pekida yang 'memaling' kaler logo reggea..apa daa..kalau budak reggea Indon tau, sah laman sesawang pekida.com kena godam..ekeke..

aku tak nak burak banyak dalam entri ni..nak cerita pasal reggea malas..nak burak pasal pekida lagi la malas..kehkehkeh..aku cuma nak kongsikan korang dengan lagu ni..aku suka mesej yang diorang sampaikan..

p.s.pesan nenek aku yang selalu aku dengar..bawak motor elok2 je..

Rambut pendek disisir rapi
Rambut panjang tersimpul mati
Pedihkah mata dan hati
Melihat diriku begini..
Ke mana hilangnya... toleransi berdemokrasi
Kenali hati jiwa bukan rupa, jangan salah memuji
Kasih sesama insan woii
Yang penting saling menghormati..

Bukan kata yang diagungkan
Tapi perbuatan jadi ukuran
Jujurlah setia berkawan
Bukan insan meragut insan.. woiii
Malaysia maju aman, kan baik begini
Jangan mundurkan lagi
Pemikiran rakyat Jangan singkat
Jangan hidup sendiri
Jangan nak maki, kata nak caci Itu bangsamu sendiri..

apa nak di hirau kan mata sepet.. mata bulat..
kulit hitam..kuning langsat.. jalan lurus.. jangan sesat..
pipit sama enggang dah lama terbang bersama..
inikan kita manusia...
mengapa bermasam muka?

ku hormati kasar bisikan mu..
semalam..
perjuanganku utk trus hidup..
ku teruskan..

Monday, July 16, 2012

Tagline..

assalammualaikum wbt...

wuarghhh..aku rasa nak duduk rumah je harini tengok tv dan melayari internet tanpa gangguan sesapa..aku belum cukup rehat dan tido untuk hujung minggu lepas..

Jangan korang ingat aku sibuk dengan sambutan ulangtahun perkahwinan aku plak..takda sambutan apa-apa pon yang aku buat..kesian bini aku..sekadar ucapan je la yang mampu aku bagi..

kesibukkan melampau aku di sebabkan masih banyak drawing yang aku kena plot..demm..Sabtu Ahad aku datang pon tak habis-habis lagi..thanks untuk bini aku jugak sebab tolong aku susun-susun pelan dan binding..plotter usang tu betul-betul menyusahkan..mohon tuan bos belikan yang baru..

tambah satu lagi faktor kebizian aku..rumah baru aku masih belum habis tacap..adehh..kehulu hilir nak pergi beli barang..nak pasang tikar lagi..penat wei...sabor je la..

Tapi dalam kepenatan tu, ada satu lawak yang buat aku terhibur dan terasa ingin menghentakkan kepala kat stering kereta..tah macam mana aku boleh terpasang radio Selangor FM plak masa dalam kereta tu..kahkahkahkah..

walaupon aku anak selangor..semangat negeri aku taklah sengeri senegeri macam orang kelantan dan Johor..fanatik aku untuk selangor ni dalam bola sepak je..radio Selangor FM aku tak layan ok...hahaha..

tagline radio tu memang win..kemelayuan dan kejawaan sungguh..lol

"seronok mendengar Selangor FM seperti sedap menggigit begedil"

fuuuu..fuuuuu..

kahkahkahkah...

Friday, July 06, 2012

Kl-Batang Kali

Semalam member opis aku ada cerita satu benda lawak kat aku..kejadian tu berlaku masa dia studi kat UTM KL ni..satu hari tu dia ada jemputan kenduri kat Batang Kali hulu selangor..awek yang jemput punya pasal..berkobar-kobar la semangat nak pergi tu..

So member aku ni ajak la roomate dia pergi sama dengan dia..yang kelakarnya dua-dua ni bukan la orang selangor atau KL..so haram tak tau kat mana letaknya Batang Kali tu..kahkahkahkah..tapi diorang ni bijak..masalah kecik je tu..semua boleh settle..tapi cara diorang nak selesaikan masalah tak tau tempat tu kat mana memang aku kenot brain..hahahhaaha....

Berbekalkan sebuah motosikal EX5..perjalanan diorang bermula dari UTM..sampai Jalan Tun Razak dah blur nak ikut jalan mana..kahkahkahkah..so diorang pergi la kat stesyen bas kl tu(bukan puduraya)..dari situ diorang ni tengok-tengok la bas mana yang akan menghala ke Batang Kali..

yang lain dari lainnya..diorang bukan nak naik bas tu pergi kesana..diorang cuma follow je bas tu dari belakang..bila bas tu berhenti, diorang pon berhenti hingga sampai la kat Batang Kali tu....serius aku rasa ni cara yang paling gila dan tak kan sesat jalan..kahkahkahkah....sekian tu la lawak yang aku nak kongsi kali ni..

lawak tak, lawak tak?..

Wednesday, July 04, 2012

Rokok nan sebatang..

Tajuk entri aku ni sama sekali takda kaitan pon dengan apa yang aku nak tulis..aku saja guna tajuk ni semperna nama sebuah blog yang baru aku jumpa..tertarik pulak aku dengan ayat title blog dia ni.."rokok nan sebatang"..hahaha..penulis blog tu juga merupakan seorang penulis novel dan penulis rencana untuk macam-macam blog jugak..senang citer dia memang seorang penulis yang bagus laa..

Walaupon aku tak pernah berniat untuk jadi penulis apatah lagi bercita-cita menjadi penulis macam admin "rokok nan sebatang tu"..dalam tak berapa nak sedar..dah banyak jugak penulisan yang aku hasilkan dengan blog-blog aku..kahkahkah.sekalipon bahasa penulisan aku tah apa-apa dan tak seindah bahasa En.H aku cuba sampaikan cerita-cerita aku dengan gaya sendiri..tak mungkin la aku boleh jadi macam H kan..hahaha...

Seronok menulis ni bagi aku ialah bila orang suka apa yang kita tulis..dan sebab tu jugak la aku tak pernah ambil kisah soal ranking alexa, seo, traffik,followers dan apa-apa je la lagi isu untuk dinilai sebagai seorang blogger hebat..semua tu tak penting pon bagi aku..yang penting pembaca dan kawan-kawan..kalau korang rasa nak pergi jauh dan femes dalam bidang penulisan ni, selamat berjaya aku ucapkan..aku tak bercita-cita tinggi pon camtu..hehe..

Satu lagi kepuasan dan kebanggaan yang aku capai dalam blogging ni ialah, dengan blog aku ni jugak aku nampak ramai blogger dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita..pembaca baru atau lama blog sampah aku dah ramai pon kenal satu sama lain..tak payah pon nak buat group blogger kan..haha..(aku teringin la nak jumpa korang semua lepak betul2..)

kata Chuu :
Aku banyak kenal blogger lain dr blog kau kot bundle! dah jd mcm tapak pertemuan kot hahaha. yang bestnye sume yg aku kenal dr sini mmg TAK CENTER! kahkahkah. caya la brader :>

kata Liyaa :
Reader aku adalah reader kau gak.. Sbb aku banyak curik reader2 kau jadik reader aku. & aku dah kata, blog kau ni adalah markas.

kata Aien :
mungkin esok2 jadi markas mencari jodoh pulak..siapa tahu. errrr...

Jujurnya aku tak kisah korang semua nak buat markas ke, nak cari jodoh ke, nak curik reader ke dari blog aku ni..aku lagi suka kalau korang rajin masuk blog aku..korang semua yang sokong aku adalah terbaik..nama yang aku tak sebut kat atas ni bukan la bermakna korang tak support..cuma komen-komen minah bertiga ni dalam entri lepas aku kat blog sampah buat aku tacing sikit..terharu maa..hahaha..

Ok la..tu je aku nak story..away..sap kok tang lu...

p/s : aku dah ada blog baru lagi..tapi wordpress la..nanti aku kenalkan kat korang..hehe..

Thursday, June 21, 2012

Sindrom dapat laki - part2

assalammualaikum wbt..

Cuti sekolah dah berlalu lebih kurang 2minggu..so bermakna pengantin2 baru yang melangsungkan perkahwinan semasa cuti sekolah tu dah tengah sedap2 la sekarang kan..hahahaa..maksud aku hati tengah senang lagi la..berbunga-bunga je..inai kat jari pon belum hilang...

Macam aku penah tulis sebelum ni kat blog sampah pasal sindrom dapat laki dan mak mertua iaitu sindrom yang buat aku geli geleman tahap rasa nak muntah hijau..sekarang ni sindrom tu aku nampak lagi dalam fb bini aku..

kawan sekolah dia pulak yang baru kawin ni..hahahhaa...aku tak kisah lagi kalau sekadar nak berkongsi gambar2 hanimun ke, gambar kawin ke lepas kenduri tu.of coz tu ramai orang nak tengok..tapi macam yang aku cakap tu kan..asal lepas kawin je mula la penyakit tu dapat..masalahnya hal tu mengerikan ok...hahaha...

Sekali lagi aku cakap..aku sama sekali takda nak rasa jeles apa-apa..cuma aku kelakar bila bayangkan diri kat situasi diorang tu..contoh la satu status tu pasal dia nak pegi pasar dengan suami..lepas tu post lagi pasal nak masak plak dengan suami jugak..lepas tu post lagi siap gambar, suami cakap masakan dia sedap..lepas makan plak nak keluar shopping dengn suami..hahhahaha...

kalau boleh setiap perkara nak bagitau kat fb yang dia dah ada laki sekarang..hahhaha... so aku rasa bersyukur gak la,aku ngan bini aku tak macam tu walaupon lepas kawin..bagi aku, takda sapa nak kesah pon hal rumah tangga aku..so buat pe nak citer kat orang..adakah mereka sekadar nak mengharapkan LIKE ?...kehkehkeh....

Bagi aku orang2 yang dapat sindrom ni lepas kawin sebenarnya elok ada sebuah blog..tulis la banyak mana pon cerita dia ngan laki dia..letak la gambar banyak mana dia suka..tu lagi elok..paling tak ada jugak dairi online sendiri..aku bukan apa..risau kalau bila masa dah tak bahagia nanti habis keburukan semua jugak nak cerita jadikan status..pasal benda gitu penah jadi depan mata aku kan..so harap takda la lagi...

Apapon..kepada pengantin2 baru semua..aku ucap semoga berbahagia la hendaknya..kurang2kan la sikit cerita peribadi kat laman sosial tu ok..serius gua cakap..takda sapa nak kesah hal u all..bajet retiss...kahkahkah...zaaazzzzz...

p/s: sedangkan lidah lagi tergigit..bahagia mana pon mesti gaduh..hahhaa..

Friday, June 15, 2012

18+ cutting gay kah?wth..

assalammualaikum wbt..

Hampir tiga minggu dah aku berkecimpung dalam arena gymnastik gym ni..macam yang aku ada bagitau dalam blog sampah aku masuk gym ni bukan la nak buat badan pon..sekadar nak sihat..hehe

so sejak dah selalu jumpa brader-brader taf kat sana, aku dapat kesimpulan ada 3 jenis orang yang masuk gymnasium ni..pertama golongan majoriti ialah orang yang memang nak buat badan ketul-ketul macam hulk..kehkehkeh..

kedua, golongan yang sekadar nak sihat dan sedap badan macam aku..cutting badan atlit2 je..hehehe..ketiga, golongan yang dalam proses nak menguruskan badan secara pukal mengikut jadual dan teknik yang diajar oleh trainer gym tu..setakat ni, tu je la yang aku nampak..haha

Aku penah citer dulu masa mula-mula aku datang gym tu,aku dah kena bahan dengan brader brader kat sana sebab datang gym sekadar nak joging..lepas tu aku combinekan joging dengan main besi sekali..pon kena kutuk gak..kehkehkeh..hampeh betul..

Alasan diorang..orang main besi manada joging bro.badan kecut..hahaha..ni la yang aku cakap golongan majoriti tu..datang gym memang untuk buat badan semata-mata..kalau ajak lari gerenti diorang pancit..hahaha..ni yang aku taknak sebenarnya..apa guna badan macam kura-kura, tapi stamina takda kan..tak best nak game nanti..hehehe..

walaupon aku dah main besi jugak sekarang, aku tetap kena bahan lagi..hahaha..ada aku kisah..kalau korang masuk gym kalau tujuan macam aku gak mesti korang akan kena bahan jugak..joging salah, dah main besi pon kena lagi..kehkehkeh..

cutting badan macam ni kalau kat gym diorang panggil badan gay je..tak cukup besar walaupon dah ketak2..hampeh..

sebabnya aku bagitau diorang aku cuma nakkan badan macho cam korea tu..demm,tak pasal-pasal aku kena kutuk nak buat badan macam gay..hahaha.aku tak peduli pon..yela..aku bukan ada makan apa-apa susu protien pon macam diorang..main besi kosong je orang cakap..diorang ye la..macam macam makan,siap cucuk2 bagai..memang la badan bagak jadinya..hahaha..

kalau sebelum ni aku cuma terbayang badan macho macam korea atau wat ever gay tu..sekarang aku dah ada jawapan lain nak bagi kat diorang..bila diorang tanya kenapa aku taknak minum protien atau ikut cara diorang main besi, aku bagi je alasan, aku tak nak badan besar-besar..aku nak buat badan macam bruce lee je..hahaha..

Yang wat the hellnya, walaupon badan gay diorang dah tak sebut..ada jugak diorang nak menang..diorang cakap,apa barang badan nak taf kalau bukak baju je baru nampak..orang nak pakai baju pon dah nampak..baru cool..kehkehkeh...ikut pengetahuan korang geng2 gym aku kat sini memang kuat bahan membahan..bagi aku ni memang sekadar gurauan la..takleh nak sentap2..

Ada sorang brader ni kena bahan lagi teruk..baru seminggu masuk gym, orang nampak dia pergi kedai mamak nak tengok bola dah pakai singlet..kahkahkah..memang merah muka dia kena kutuk..tu baru seminggu beb dah pakai singlet..kalau sebulan masuk gym, orang kutuk dia silap2 pegi kedai mamak terus pakai spender jer..kahkahkah..

gambar bonus..hehe..

fakta yang harus korang percaya..banyaknya orang yang main besi ni perasan sikit badan diorang konon-kononnya dah taf padahal belum taf mana..sama la macam brader yang kena kutuk tu..konon nk tayang badan bila keluar sampaikan pakai singlet..aku je tak perasan ok..kehkehkehkeh...

Monday, June 11, 2012

Euro 2012

Kekalahan pasukan Belanda menentang Denmark dalam pusingan awal Euro ni memang buat aku terasa badi Belanda masih belum terurai..

Macam yang semua dah sedia maklum corak permainan pasukan Belanda yang Total football memang sangat cantik..tapi sayang, macam dulu-dulu jugak Belanda masih susah nak menang..apa la nasib..

Belanda yang tergolong dalam group B ni pulak boleh dikatakan group maut sebab semua nya pasukan hebat..game seterusnya Belanda pada 14 jun ni menentang Jerman aku pasti satu game yang menarik sebab kedua-dua negara ni pon bermain Total Football..

Walaupon aku tak nak memihak mana-mana..tapi harap tak jadi lagi macam Belanda lawan Denmark Sabtu lepas..terkilan pulak aku tengok pasukan yang control game pulak yang kalah..kesian gila kot..hahaha..

p/s :England bukan pasukan ramalan yang akan juara walaupon club england Chelsea dah menang juara club Eropah baru-baru ni..lol