Pages

Saturday, August 10, 2013

Dairi Aidilfitri Rafique Bundle..

assalammualaikum wbt...


Sepanjang tahun ni aku kira dah bermacam cerita suka duka terjadi dalam hidup aku..ada bahgia mesti ada duka..gitu la lumrah dunia ye dak..apa pon semperna aidilfitri kali ni, marilah kita sama-sama meraikan dengan gembira..masalah letak tepi dulu..

Raya tahun ni bagi aku special sikit la sebab ahli keluarga aku dah bertambah sorang..bermakna zakat fitrah  kena bayar untuk 3 kepala la kan..haha..ok tu bukan isunye..sebenarnya apa yang aku nak tulis pon aku lom pikir lagi ni..haha..setakat ni aku rasa elok aku upload gambar je, mungkin lebih senang aku nak bercerita..hahaha..



Pekan Jitra

Aloq setaq

Eceli gambar kat atas ni masa aku dalam perjalanan nak balik ke kl dari Jitra..kiranya aku balik sana untuk sambut puasa dan beraya awal dengan keluarga mertua aku la pasal raya ni tak balik sana..haha..nampak menara cam ala2 menara kl tu?..tu menara alor star pada sapa2 yang tak kenal..saja aku menyinggah sana sebab nak ke kompleks Pekan Rabu beli buah tangan untuk mak aku sebelum balik..

Cerita pasal raya, sebenarnya aku takde buat apa-apa persiapan pon untuk raya ni..dah la aku dengan tak berapa sihat nya kan..nak berjalan keluar shopping pon susah, tu yang sampai bini aku shopping pon online je untuk baju dia dengan anak aku tu..hahaha..sedih betul..haha..





Cuma yang menarik kali ni, aku dengan rajinnya berexperimen buat sate untuk juadah raya..bukan nak puji  diri sendiri, tapi sebagai peminat sate..sate yang aku buat ni aku bagi ranking 4/5 bintang la senang citer...hahaha..berbekalkan perapan semalaman, daging sate tu telah menjadi sangat lembut dan terasa bahan perapan tu sehingga kedalam isi..insya'allah lain kali kalau aku rajin, aku  buat lagi dan jamu la korang ye..hahaha...

Pagi raya macam biasa la kan, dah balik dari masjid, acara bermaaf-maafkan atau orang cakap 'beraya' mula dulu sebelum makan-makan..walaupon seronok semua dapat berkumpul kat selayang tahun ni, tapi kakak aku pulak takda dan terpaksa la dia beraya dengan baby dia yang baru lahir je kat spital..dan2 je nak beranak jugak malam raya, apa boleh buat kan..hahaha..



See..perasankah korang yang aku anak beranak je tak berpakaian sedondon dipagi raya..wooo..kalau aku tau, aku pakai je baju kawen aku tu, atleast look alike la jugak dengan baju raya wazzi dan bini aku..ingat yang lain tak pentingkan warna, rupanya tahun ni semua seragam daa..dengan mak ayah aku pon sedondon walaupon tak penah2 sebelum ni..hahaha..takpela tahun depan insya'allah aku nak sedondon jugak..tak kiraa..hahaha..

Setel makan-makan, dalam pukul 10 pagi terus bergegas ke rumah nenek aku pulak..memang nak kejar masa sebab tengahari tu nak pegi melawat kakak aku kat hospital pulak..haha..mak aku cakap planning raya tahun ni berubah sebab kena jaga kakak aku nak pantang tu pulak kan..so pergerakkan tu terhad la sikit...rushing je nak kemane-mane..hahaha...



Mujur masa kat rumah nenek aku tu ada la jugak sepupu dan pakcik-makcik aku yang balik walaupon tak semua yang ade..sempat la beraya dengan diorang semua..sekali lagi aku frust dengan warna baju kat sini..diorang pon ade tema jugak ikut famli..demm..hahaha..

Akhir kata, walaupon kita tak berbaju baru, tak sedondon di pagi raya, yang penting semangat beraya tu ada..hahaha..pada geng2 kopitiam, ingat! portluck kita 10 syawal..semoga lebaran kali ni lebih meriah bila kita semua boleh kumpul lagi dan dapatlah kita  mengeratkan silatulrahim..huh,gila skema ayat..hahaha..pada yang tak tau kopitiam tu menda apa pon tak kisah..anda pon dengan hormatnya dijemput datang beraya sesama..

tak tau nak contact aku macam mane?..

lempang nak?..kat tab atas tu kan ade contact aku..klik la kat situ tengok..haihhh..

kay geng..panjang lak dah entri aku ni..lain kali aku sambung lagi..selamat hari raya..maaf zahir batin..



25 comments:

  1. selamat hari raya bandle...

    meriah famili...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari rye bundle.. Tak thu la ni kali ke bpe aku wish haha. Dtg 10 syawal tu kne pakai baju sedondon ke bundle? Haha

    Yg benar : cidut

    ReplyDelete
    Replies
    1. wish banyak kali pon bukan kene bayar..tu pon bekira..hahaha..

      ko nk pakai sedondon dengan sape?..

      Delete
  3. salu umi ngan abah sedondon,, tahun ni lak tak sedondon,, haissyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tebalik la ngan aku..selalu orang tua aku tak sedondon..hahaha

      Delete
  4. Selamat hari raya Bundle. Maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa masa duk maki maki kau. muehehehe

    Takper la tak sedondon pun, janji dapat jugak beraya ramai2 kan. Aku sebenarnya tak pernah ada tema raya atau sekedondodonan baju sekeluarga setakat ni, so mak esah tak kisah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..ko de maki maki aku ke..hahaha..mohon tingkatkan lagi sampai aku perasan atau tesentap then baru mintak maap..hahaha..

      aku tak penah kesah pon..tp tetiba rasa ganjil bila buat famli potrait camtu..haha..

      Delete
  5. bundle dan spek hitam tak dapat dipisahkan :D samat hari raya pakcik^^

    ReplyDelete
  6. baju ank isteri dah sedondon dah tu ;p

    samat ari raya Bundle :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..anak dengan bini aku dah sama..aku je lain..dah la sampin pon tak pakai..sempoi sgt aku ni...haha

      Delete
  7. penting ke tema sedondon nie?aku setiap taun caca merba..taun nie je ada sikit2 sedondon tu pun tak berapa dondon sgt.hakhak..

    selamat hari raya.maaf zahir batin.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penting pon kalau tak amik gambar..kalau untuk bergambar aku rasa penting..wakakaka...

      selamat hari raya..

      Delete
  8. Selamat hari raya Bundle...!
    Ehh..kenapa wazzi nampak lagi hensem dari bundle.kehkehkehkeh....

    Tahun ni mmg ramai yg pakai sedondon...
    Caca marba pun ramai gak..hehehe...

    Psstt..minta resepi satay pleaseeeeeee..
    ^_^

    P/s: Nak rompak no.tel tu lah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la kalau ko ckp camtu..bg can jr. hensem2 plak..bukan orang lain pon..hahaha..

      resepi tu boleh taip kat google je cik nur..nak no tel tu, amik je..mmg buh situ untuk dirompak la pon..

      Delete
  9. samalah. pagi raya pertama, semua pakai tshirt je. sbb nak berjalan jauh..
    selamat hari raya bandel sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sempoi ko siap pakai t shirt je..dah macam aku bujang2 dulu..tu pon kira ok kalau pakai t shirt, biasanya tengahari baru aku bangun..tak sempat sambut pagi raya..haha..

      Delete
  10. WEHHHHH SELAMAT HARI RAYAAA! GILA LAMA AKU X ONLINE HAHAHAH

    ReplyDelete
  11. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete