Pages

Monday, September 09, 2013

Tumor Marker Test..

assalammualaikum wbt..

Lama lak rasa tak tulis entri baru baik kat sini atau blog sampah..banyak idea idea yang aku nak tulis sebelum ni dah terbang hilang camtu je pasal tak berkesempatan nak menulis..nak cakap aku sibuk sangat pon idok la..yang pasti aku dah malas betul nak klik new post bila mengadap blog ni..hahaha..

Skip je terus tentang perkara yang baru harini berlaku sebelum aku lupa..sungguh! aku cuba tulis entri ni dalam kemalasan yang melampau dan terpaksa la aku gagahkan diri jugak spend 15-20 minit tulis kejap entri ni walaupon aku sedar blog aku ni bukan untuk bacaan umum sangat pon..hahaha..

Pagi-pagi tadi aku dah sampai HKL lepas hantar bini aku pegi kerja..oh ye..ni belum temujanji ketiga lagi..harini aku baru pegi hantar sample darah untuk tumor marker...yang menariknya harini, sesampai je aku kat jabatan radioterapi dan onkologi tu, dari jauh aku dah nampak sesusuk tubuh orang yang aku kenali..



aku cuba la cover line, cecepat aku pakai balik rayban dan cuba secover habis untuk elakkan dia nampak, tapi tetiba suara dia cepat je menerjah ke gegendang telinga aku dari belakang..


"angah, buat apa kat sini"


"eh maklong, tak perasan pulak tadi" gaya aku berlakon ibarat pelakon drama terbaik 2013..


Rupanya dia pon tak tau lagi yang aku sakit..tak pasal-pasal je banyak soalan subjektif  aku nak menjawab pagi-pagi ni..adoii...haha..


"maklong datang dengan sapa?" tanya aku...


"dengan Paklong ko la, dia pegi cari parking kereta nun?"


"Ooooo.."


Nak cerita lebih-lebih kang jadi macam novel lak sebab banyak sangat dialog perbualan..haha..ok pendekkan citer, untung jugak aku dapat jumpa Makcik aku kat ni..boleh aku siasat sendiri pasal kimoterapi ni dengan dia pasal dia sendiri dah melalui sendiri..

Bla..bla..bla..makcik aku ni eceli tengah berlawan dengan kanser payudara stage 3..rawatan kimoteri pon masih belum sudah..memang aku dah sedia maklum pon dia ada kanser sebelum ni, tapi sebelum ni dia buat kimo kat hospital selayang je, tapi kali ni dia kena sambung pulak buat radioterapi pulak kat HKL ni..


Kesian kat dia, tapi aku pon kesian kat aku..eh..camne tu...yela..aku muda lagi kot..hahaha.. bila aku tanya maklong aku tentang kimo ni, dia jawab la dia baru 6 kali buat kimo..kimo yang 1st dan 2nd tak sakit lagi..tapi bila yang peringkat seterusnya kimo tu memang menyakitkan..

Aku dengar pon dah cuak..mujur la maklong aku ni bertudung..kalau kat rumah, maklong aku cakap bulat je licin kepala dia..habis gugur rambut..badan sakit, takda selera makan, ulser, demam, .kira tipikal la macam yang aku dah biasa baca kesan sampingan kimo ni..kalau secara logiknya aku memang tak nak sakitkan lagi badan aku lebih dari sakit macam yang aku mention dalam entri lepas..

Orang Syiah gila je kot sanggup sakitkan diri..hahaha..tapi kalau dah kimo je rawatan terbaik, apa lagi boleh buat kan..apa pon aku harap masa aku jumpa doktor 2 minggu dari sekarang, keputusan tumor marker tu dah menunjukkan tanda baik la..harap tak payah la aku buat kimo nanti...

ok siap satu entri..!!..hahaha...


27 comments:

  1. Replies
    1. hahaha..aku paham tina..haha..
      aku ok je..thanks..

      Delete
  2. ye ke akan botak?
    abah aku tak pun..
    lama juga dia buat kimo.. hampir setahun lepas operation.
    err.. tu kira maklong ko baru tahula..?
    tabahkan hati, kuatkan semangat. lawan semua perasaan ko. bandel kuat untuk wazi dan wani! err tuk mak ko juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunye mcam tu la ha..maklong aku baru je lagi buat kimo dah gugur rambut..tp atas ketahanan badan jugak kata doktor..ada orang tahan, ada yg langsung tak tahan..

      Delete
  3. pagi ni aku baru aku sedar yg rambut aku dah gugur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko bnyak makan mee segera tu H..hahaha..

      Delete
  4. moga xperlu buat kimo pakcik.. aku doakan.

    aku tak buat kimo pun rambut gugur dengan hebat!. tensi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..harap blood test aku tu ok la..

      bini aku pon gugur rambut gak sejak 2 menjak ni..pehal tah..haha

      Delete
  5. Replies
    1. dia awal sebulan je masuk wad sebelum aku..kira tak la lama mane..

      Delete
  6. Moga2 semuanya okay..
    tak payah kimo..
    sian badan sakit2 kalau kimo..

    ReplyDelete
  7. byk kot benda negatif yg kita selalu dengar pasal kimo..harapnya ko tak payah buat..tp klu tu je jalan yg ada,bertabahlah.hehe..

    aku sama macam mell,lepas bersalin rambut gugur je.nak p yun nam duit takdak.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang negatif sangat kutu..dalam masa nak bunuh sel kenser tu, sel yang elok pon rosak jugak..tu yang fail buat orang sakit tu..hahaha..

      p/s : guna sabun bawang je la..wakaka..

      Delete
  8. aku blk kg minggu ni, nnt aku tanya mak aku apa petua xnk rambut luruh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak payahla..aku tak harap pon nak buat kimo..

      Delete
  9. Replies
    1. aku ok la weii..ko jgn layan aku mcam aku tgh sakit plak..takda apa yang aku nak sabarkannye pon..hahaa

      Delete
  10. semoga ko bertabah bundle *emot kain merah ikat kat kepala*

    ReplyDelete
  11. Bro! Bro sakit kanser ke?! Seriously?! Ke tak confirm lagi. Saya doa'kan bro takde la sakit teruk sangat tau.. Sy faham la konsep kafarah dosa dengan sakit ni.. Smoga bro sntiasa sihat. Bru nk aktif blogging, bro jgn la stop.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a..aku kene kanser...serius la ni..tapi baru stage 1..ko baca la entri2 yang lepas kalau nak tau lebih lanjut...tu la, lama sangat ko cuti..haha..

      Delete
    2. Okay.. Sangat sedih. Jaga la diri elok-elok bro.. Jaga makan ubat, diet tu smua. Pergh. Seriously lepas ni taknak ambik cuti pnang gila dah blogging ni. Kalau tak jdi mcm ni la, trkjut beruk.

      Delete
  12. Bundle, so ko jadi ke guna perubatan ganja lepas kimo tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku kene buat kimo la baru aku guna cara tu..skg blom terdesak lagi utk buat kimo...kalau boleh mmg aku taknak pon kimo tu

      Delete