Cuti sekolah dah berlalu lebih kurang 2minggu..so bermakna pengantin2 baru yang melangsungkan perkahwinan semasa cuti sekolah tu dah tengah sedap2 la sekarang kan..hahahaa..maksud aku hati tengah senang lagi la..berbunga-bunga je..inai kat jari pon belum hilang...
Macam aku penah tulis sebelum ni kat blog sampah pasal sindrom dapat laki dan mak mertua iaitu sindrom yang buat aku geli geleman tahap rasa nak muntah hijau..sekarang ni sindrom tu aku nampak lagi dalam fb bini aku..
kawan sekolah dia pulak yang baru kawin ni..hahahhaa...aku tak kisah lagi kalau sekadar nak berkongsi gambar2 hanimun ke, gambar kawin ke lepas kenduri tu.of coz tu ramai orang nak tengok..tapi macam yang aku cakap tu kan..asal lepas kawin je mula la penyakit tu dapat..masalahnya hal tu mengerikan ok...hahaha...

Sekali lagi aku cakap..aku sama sekali takda nak rasa jeles apa-apa..cuma aku kelakar bila bayangkan diri kat situasi diorang tu..contoh la satu status tu pasal dia nak pegi pasar dengan suami..lepas tu post lagi pasal nak masak plak dengan suami jugak..lepas tu post lagi siap gambar, suami cakap masakan dia sedap..lepas makan plak nak keluar shopping dengn suami..hahhahaha...
kalau boleh setiap perkara nak bagitau kat fb yang dia dah ada laki sekarang..hahhaha... so aku rasa bersyukur gak la,aku ngan bini aku tak macam tu walaupon lepas kawin..bagi aku, takda sapa nak kesah pon hal rumah tangga aku..so buat pe nak citer kat orang..adakah mereka sekadar nak mengharapkan LIKE ?...kehkehkeh....
Bagi aku orang2 yang dapat sindrom ni lepas kawin sebenarnya elok ada sebuah blog..tulis la banyak mana pon cerita dia ngan laki dia..letak la gambar banyak mana dia suka..tu lagi elok..paling tak ada jugak dairi online sendiri..aku bukan apa..risau kalau bila masa dah tak bahagia nanti habis keburukan semua jugak nak cerita jadikan status..pasal benda gitu penah jadi depan mata aku kan..so harap takda la lagi...
Apapon..kepada pengantin2 baru semua..aku ucap semoga berbahagia la hendaknya..kurang2kan la sikit cerita peribadi kat laman sosial tu ok..serius gua cakap..takda sapa nak kesah hal u all..bajet retiss...kahkahkah...zaaazzzzz...
p/s: sedangkan lidah lagi tergigit..bahagia mana pon mesti gaduh..hahhaa..