Pages

Saturday, July 13, 2013

kerana penyakit itu..

assalammualaikum wbt..

Sejak dua menjak dengar taklimat tentang kesihatan ni, aku rasa risau plak pikirkan kesihatan diri..firstly ayah dan mak aku sendiri pon ada penyakit yang memang boleh diwarisi..so benda ni memang buat aku risau..

Walaupon sekarang aku rasa sihat, jaga makan..masih menten slim, tapi tetap tak boleh elak kan kalau nak kena..penyakit kencing manis ni ayah aku dah ada..memang kalau korang yang belum tahu..penyakit ni takda ubat pon lagi..kuman tu sampai mati la ada..nak tak nak memang kena makan ubat...

mak aku pulak, darah tinggi..ni pon penyakit yang aku berisiko boleh dapat..adehh..macam mana jaga kesihatan pon kalau dah nak kena, kena jugak kan sebab dalam darah tu dah ada cuma tunggu penyakit tu keluar je..nak tak nak kena la contol makan sebab makanan kita sekarang ni la yang banyak sekali menyumbangkan penyakit..

Satu lagi penyakit yang aku agak gerun dengar pasal kanser..yang ni sesapa je ada risiko tak kira ikut keturunan atau tak..tapi kalau ada keturunan yang pernah hidap kanser, persen nak kena kat kita lebih tinggi la..

Info pasal kanser yang aku dengar tu memang menakutkan..point ringkas yang aku boleh cerita kat sini ialah kebanyakkan pesakit kanser bukan meninggal dunia sebab penyakit tu, tapi sebab sakit akibat rawatan kimoterapi..korang boleh bayangkan tak macam mana sakit bila dah jalani kimoterapi tu..

Dah la rawatan tu makan beratus ribu..mana nak cekau duit..bila dah buat pulak, orang yang menanggungnya seksa ya amat..ahli keluarga yang nak menjaga,tengok pon sedih..tak terbayang macam mana aku nak handle situasi ni andai terjadi dalam keluarga aku..doa je la semoga Allah swt jauhkan kita semua dari penyakit..

tarikh baru : 5mei 2012

Monday, July 01, 2013

Kemurungan aku..

assalammualaikum wbt..

Keinginan aku nak menulis berkaitan peribadi untuk kali ni agak meluap-luap la kiranya..aku nak start macam mana pon tak tau..so dengan timbulnya entri kat sini, bermakna aku tak mengharapkan sapa-sapa baca la kecuali korang-korang yang aku dah anggap sahabat blogger yang follow sini..blog sampah tu memang tak sesuai gamaknye..hahaha..

Dari beberapa minggu yang lepas, aku ni agak kemurungan sebenarnya..tapi saja tak tunjuk dengan sapa-sapa bahkan dengan bini aku sendiri aku buat rilek dan hepi2 macam biasa..macam takda masalah kononye..eceli sejak bini aku kat kampung lagi masa berpantang kat sana, aku ade mengadu kat dia yang aku sakit..sakit yang tak tau apa punca...so .masalah aku ni berkaitan kesihatan la ye..

Masuk sekarang dah hampir sebulan gak aku ada simptom2 ni...bila aku google tanda-tanda penyakit tu ada pada aku, lagi la buat aku tak senang hati..nak pergi klinik aku takut..adehh..tapi lastly semalam aku pergi jugak la sebab aku memang dah risau gila..macam yang aku agak..doktor kat klinik takkan anggap aku ade penyakit biasa..so dia suruh la aku pegi chek kat hospital untuk ultrasound..


Lani dalam kepala otak asik terbayang anak bini je..mujur la tengok muka si ammar wazi tu boleh tenangkan aku..teringat dulu-dulu aku dengan kawan-kawan selalu cakap, " oii, aku belum kawen lagi" yang merujuk keadaan yang selalunya merbahaya yang maksud yang lebih tepat "aku belum nak mati lagi"...hahaha..penting agaknye kawen dulu sebelum mati ni..hahahhaa..

Tapi andai la umur aku tak panjang, aku rasa kenapa la aku tak mati awal-awal dulu sebelum ada anak bini..so korang silalah  betulkan kata-kata yang macam biasa orang sebut tu..nak mati elok time kecik-kecik sebelum kawen..hahaha..serius beb..gelak-gelak jugak..aku ni tak suka susahkan orang, kalau aku sakit, ofkos secara otomatik aku aku susahkan bini aku..kalau aku jalan terus, susah plak bini aku nak survive..jadi janda, anak jadi yatim.aku bukan kaya boleh tinggalkan dia harta...arghh...

Dan yang penting, aku memang nak la sangat tengok anak aku tu membesar..tu je..tacing gak aku bila pikir hal ni..tah la..sori terciter kat korang..kalau ikutkan harini aku dah kene pi hospital tapi sebab mak dan ayah mertua aku ada lagi kat rumah aku, aku taknak la pegi lagi..kang semua orang tau plak..Rabu ni je la kot aku lapor diri kat hospital..korang jangan tanya aku sakit apa,bila nak mati, bape lama bleh hidup, cuma doakan la ye aku sihat balik dan umur panjang ye..hahaha..


p/s : maaf ye kalau de salah silap..mungkin blog sampah akan aku tutup la kalau jadi apa-apa..