Pages

Wednesday, November 27, 2013

Jururawat yang cuak..

assalammualaikum wbt..

Sepanjang  sebulan dari entri yang lepas, dah  4kali aku berulang alik ke hospital..macam biasa la, buat ujian darah..walaupon dalam ujian pertama tu belum menunjukkan tanda positif tapi sekurang-kurangnya aku tak sakit lagi..

Semalam aku pegi lagi hospital selayang untuk dapatkan result darah yang minggu lepas pihak hospital ambik..memang prosedur dia camtu..result keluar seminggu lepas darah dihantar ke makmal..

Tapi biasala manusia tak terlepas dari kesilapan ye dak..darah yang diambil minggu lepas diorang ni boleh salah pulak buat ujian..patutnye tumor marker tapi diorang buat ujian untuk prostat plak..hahaha.tapi aku tak lah marah..takda kesalahan besar sangat pon..

So untuk minggu yang sudah takda la bacaan terbaru yang nak dicomparekan dengan bacaan sebelum tu dan terpaksalah kene cucuk lagi..haha..sebenarnya aku pon pelik gak dengan nurse yang salah buat tu..yelakan, aku dah kerap sangat buat benda tu, so bila dia wat lain, aku rasa pelik sikit..

biasanya darah yang diambil tu banyak..time nurse yang salah tu, sikit plak dia ambil..dan yang tak bestnye, dia cucuk tu sakit..adoiila..mujur nurse tu comel..

Dan semalam nurse lelaki plak ambi darahl.aku tak tau la lelaki pon panggil nurse ke apa..lantak la...tapi dia cucuk memang tak rasa sakit langsung..siap aku bleh tengok sambil snap gambar lagi...

dan yang kelakarnya, tiba-tiba mamat ni cuak..kahkahkahkah.....

aku tanya la pesal...

"saya tak pakai glove ni bang"..abang jangan share kat internet lak..kena saya nanti...

kahkahkahkah...

 selama aku kene cucuk sebelum2 ni, mmg tak penah pon aku tengok nurse guna glove..
tak tau la aku tu satu kesalahan..hahaha..



walaupon aku kelakar, tapi kesian lak tengok dia sebab memang jelas dia gelabah...


pastu aku cakap la.."aku saje je amik nak buh kat blog aku,.bukan nak naya engko.lagipon manede aku snap gamba penuh ko pon..gambar ni takleh buktikan pape"..hahaha...aku cakap sambil gelak-gelak la masa ni bagi dia cool balik..takut kang stress lak dia kerja duk mikir pasal hal ni...

Tapi apapon aku tetap ucapkan terima kasih la pada semua kakitangan hospital yang baik-baik je layan macam-macam kerenah pesakit ni termasuk aku..haha..teruskanlah berbakti..walaupon tu memang tanggungjawab kerja,tapi banyak pahala korang boleh dapat bila ikhlas wat kerja tu..

choww..


Sunday, October 27, 2013

Ikhtiar Apa Termampu..

assalammualaikum wbt...

Last appoitment masa kat HKL 26/9/2013 tempoh hari doktor dah pon mengesahkan yang kanser aku ni dah pon terkawal..walaupon takda jaminan yang kanser ni tak merebak, tapi sekurang-kurangnya lega la jugak aku..so lepas dari tu, appoitment aku pon di anjakkan la dari setiap sebulan sekali kepada 3 bulan sekali..

Tapi yang membuatkan aku risau balik ni, tak sampai pon sebulan dari result darah yang dikatakan terkawal tu, ada plak dah rasa tak berapa sihat balik ni..adoiilah..appoitment terbaru lambat lagi bulan 12 kang..buatnya dalam 2 bulan nak tunggu appoitment balik ni dalam tak sedar tetiba kanser ni merebak naya aku..

Mujur la jugak hospital selayang masih lagi follow up kes aku walaupon diorang dah hantar aku untuk kimoterapi kat KL..atleast dalam nak tunggu bulan 12 nanti boleh la jugak aku pantau kesihatan aku dengan hospital selayang..

Aku ni sebenarnya jenis malas nak buat rawatan kalau korang nak tau..toksah cakap pasal kanser ni la, selagi tak teruk memang aku malas je nak jumpa doktor..demam pon 3 tahun sekali jarang kena nak jumpa doktor buat pe kan..tapi sebabkan kali ni aku tetiba jiwa kacau balik, tak pasal-pasal aku rajin sikit nak ikhtiar sembuh ni..

Kalau dulu aku memang suspen gila sebelum disahkan mengidap kanser ni, tapi bila dah kompom ada, aku down la jugak tapi redha..dah nak sakit kan, terima jela ujian tu..tapi yang tak bestnya, perasaan tu datang balik..down, takut, sedih..dan macam-macam la terpikir dalam kepalotak aku ni..memang kacau la..


Rabu lepas, time aku dah serabut kat opis, member aku ade rekemen rawatan islam Darul syifa'..sebelum ni aku penah dengar-dengar je la tempat tu..tapi kali ni aku tak banyak cakap terus aku cari info dan chow je halfday kerja pegi tempat tu kat Bangi..alhamdulillah la, lepas balik tu dalam sehari aku rasa ada perubahan sikit, kurang la sakit tu..

Tapi, tu taklah melegakan aku sepenuhnya, walaupon aku cuba rawatan alternatif, aku masih perlukan rawatan moden sekarang..sebab dengan tu je aku tau perkembangan kesihatan dari ujian darah ye dak..So hari jumaat lepas pulak, aku pon buat la tumor marker lagi kat hospital selayang tu..tak berani aku nak tunggu 3bulan lagi kat HKL tu..appoitment untuk CT Scan pon aku dah uruskan sekali...

Harapnya sakit-sakit yang aku rasa ni bukan kanser tu lagi la..result darah ni lagi 2 minggu ni pon aku rasa dah lama nak tunggu..tak boleh ke cepat sikit bhai..hahaha..


chow...


p/s : sory sida, tak mampu nak datang kenduri ko..bajet takde..