Pages

Sunday, August 25, 2013

Temujanji Dua - Sakit lebih dari sakit..

assalammualaikum wbt..

Khamis yang lepas temujanji aku dengan doktor pakar di HKL seawal 10pagi..walaupon tahap kenevesan aku nak jumpa doktor tak lagi secuak dulu, tapi tetap ready jugak la terima apa je keputusan tentang tahap kesihatan aku ni..btw..kesihatan aku sekarang masih lagi 50/50..tu la yang doktor bagitau secara ringkas..

Masih macam dalam perjumpaan lepas, doktor ni asal boleh nak buat kimoterapi je  kat aku..senang citer dan lebih terjamin la percen kesembuhan katanye...tapi aku macam biasa la, tetap jugak nak mengelak dari rawatan ni..takut aku..hahaha..

Dalam 3 bacaan yang diambil pada Tumor marker yang aku bagi dalam perjumpaan yang lepas, 2 daripadanya dah menunjukkan positif yang kanser tersebut semakin pulih dan bacaannya menurun..cuma 1 lagi tu je degil..bukannya statik ataupon menurun, tapi makin mendadak pulak naik bacaannya..adoii...so sebab tulah doktor cakap aku masih belum ditahap selamat coz ketiga-tiga bacaan pada tumor marker tu penting dipantau supaya turun..


 Doktor yang aku jumpa kali ni seorang doktor india pulak..terima kasih la doktor sebab doktor kali ni memang agak jujur la dari doktor-doktor yang aku jumpa sebelum ni..hahaha..ada ke dia yang sarankan aku buat kimo, tapi bila aku tanya dia kimo tu sakit ke tak, selamba je dia cakap

"kimo ni eceli sakit lebih dari sakit"

Dafuq.!!..

Ni memang buat aku makin tak berani la nak kimo ni kan..sebelum ni doktor lain yang aku tanya diorang just cakap takda sakit pon just masuk ubat je..pastu cakap la kesan dia pening, muntah, takda selera makan, rambut gugur, bla..bla..bla...walaupon kat situ pon dah nampak teruk kesannya, tapi takda la jujur sangat kan cakap "kimo ni lebih sakit dari sakit"..doktor ni memang gila..hahahaha...

So aku pon buat lebih pandai dari doktor la kan bila dah dengar dia cakap macam tu..tak maunye aku buat kimo ni..gila apa, aku nak rasa sakit dari sakit yang aku hidap..hahaha..so dengan yakin je la aku bagitau doktor camni..

"saya nak buat sekali lagi tumor marker doktor, lepas ni kalau bacaan tu tinggi jugak baru kimo"

Doktor pasrah jela dengan keputusan aku..hahahaa..so untuk genapkan bacaan yang lepas dari yang terbaru aku mintak buat ni berbeza sebulan..makanya awal september ni aku akan ke makmal HKL lagi buat tumor marker dan 2 minggu selepas tu baru jumpa doktor semula untuk keputusan..harap masa tu bacaan semua dah rendah la..

choww...




Saturday, August 10, 2013

Dairi Aidilfitri Rafique Bundle..

assalammualaikum wbt...


Sepanjang tahun ni aku kira dah bermacam cerita suka duka terjadi dalam hidup aku..ada bahgia mesti ada duka..gitu la lumrah dunia ye dak..apa pon semperna aidilfitri kali ni, marilah kita sama-sama meraikan dengan gembira..masalah letak tepi dulu..

Raya tahun ni bagi aku special sikit la sebab ahli keluarga aku dah bertambah sorang..bermakna zakat fitrah  kena bayar untuk 3 kepala la kan..haha..ok tu bukan isunye..sebenarnya apa yang aku nak tulis pon aku lom pikir lagi ni..haha..setakat ni aku rasa elok aku upload gambar je, mungkin lebih senang aku nak bercerita..hahaha..