Pages

Monday, September 09, 2013

Tumor Marker Test..

assalammualaikum wbt..

Lama lak rasa tak tulis entri baru baik kat sini atau blog sampah..banyak idea idea yang aku nak tulis sebelum ni dah terbang hilang camtu je pasal tak berkesempatan nak menulis..nak cakap aku sibuk sangat pon idok la..yang pasti aku dah malas betul nak klik new post bila mengadap blog ni..hahaha..

Skip je terus tentang perkara yang baru harini berlaku sebelum aku lupa..sungguh! aku cuba tulis entri ni dalam kemalasan yang melampau dan terpaksa la aku gagahkan diri jugak spend 15-20 minit tulis kejap entri ni walaupon aku sedar blog aku ni bukan untuk bacaan umum sangat pon..hahaha..

Pagi-pagi tadi aku dah sampai HKL lepas hantar bini aku pegi kerja..oh ye..ni belum temujanji ketiga lagi..harini aku baru pegi hantar sample darah untuk tumor marker...yang menariknya harini, sesampai je aku kat jabatan radioterapi dan onkologi tu, dari jauh aku dah nampak sesusuk tubuh orang yang aku kenali..



aku cuba la cover line, cecepat aku pakai balik rayban dan cuba secover habis untuk elakkan dia nampak, tapi tetiba suara dia cepat je menerjah ke gegendang telinga aku dari belakang..


"angah, buat apa kat sini"


"eh maklong, tak perasan pulak tadi" gaya aku berlakon ibarat pelakon drama terbaik 2013..


Rupanya dia pon tak tau lagi yang aku sakit..tak pasal-pasal je banyak soalan subjektif  aku nak menjawab pagi-pagi ni..adoii...haha..


"maklong datang dengan sapa?" tanya aku...


"dengan Paklong ko la, dia pegi cari parking kereta nun?"


"Ooooo.."


Nak cerita lebih-lebih kang jadi macam novel lak sebab banyak sangat dialog perbualan..haha..ok pendekkan citer, untung jugak aku dapat jumpa Makcik aku kat ni..boleh aku siasat sendiri pasal kimoterapi ni dengan dia pasal dia sendiri dah melalui sendiri..

Bla..bla..bla..makcik aku ni eceli tengah berlawan dengan kanser payudara stage 3..rawatan kimoteri pon masih belum sudah..memang aku dah sedia maklum pon dia ada kanser sebelum ni, tapi sebelum ni dia buat kimo kat hospital selayang je, tapi kali ni dia kena sambung pulak buat radioterapi pulak kat HKL ni..


Kesian kat dia, tapi aku pon kesian kat aku..eh..camne tu...yela..aku muda lagi kot..hahaha.. bila aku tanya maklong aku tentang kimo ni, dia jawab la dia baru 6 kali buat kimo..kimo yang 1st dan 2nd tak sakit lagi..tapi bila yang peringkat seterusnya kimo tu memang menyakitkan..

Aku dengar pon dah cuak..mujur la maklong aku ni bertudung..kalau kat rumah, maklong aku cakap bulat je licin kepala dia..habis gugur rambut..badan sakit, takda selera makan, ulser, demam, .kira tipikal la macam yang aku dah biasa baca kesan sampingan kimo ni..kalau secara logiknya aku memang tak nak sakitkan lagi badan aku lebih dari sakit macam yang aku mention dalam entri lepas..

Orang Syiah gila je kot sanggup sakitkan diri..hahaha..tapi kalau dah kimo je rawatan terbaik, apa lagi boleh buat kan..apa pon aku harap masa aku jumpa doktor 2 minggu dari sekarang, keputusan tumor marker tu dah menunjukkan tanda baik la..harap tak payah la aku buat kimo nanti...

ok siap satu entri..!!..hahaha...


Sunday, August 25, 2013

Temujanji Dua - Sakit lebih dari sakit..

assalammualaikum wbt..

Khamis yang lepas temujanji aku dengan doktor pakar di HKL seawal 10pagi..walaupon tahap kenevesan aku nak jumpa doktor tak lagi secuak dulu, tapi tetap ready jugak la terima apa je keputusan tentang tahap kesihatan aku ni..btw..kesihatan aku sekarang masih lagi 50/50..tu la yang doktor bagitau secara ringkas..

Masih macam dalam perjumpaan lepas, doktor ni asal boleh nak buat kimoterapi je  kat aku..senang citer dan lebih terjamin la percen kesembuhan katanye...tapi aku macam biasa la, tetap jugak nak mengelak dari rawatan ni..takut aku..hahaha..

Dalam 3 bacaan yang diambil pada Tumor marker yang aku bagi dalam perjumpaan yang lepas, 2 daripadanya dah menunjukkan positif yang kanser tersebut semakin pulih dan bacaannya menurun..cuma 1 lagi tu je degil..bukannya statik ataupon menurun, tapi makin mendadak pulak naik bacaannya..adoii...so sebab tulah doktor cakap aku masih belum ditahap selamat coz ketiga-tiga bacaan pada tumor marker tu penting dipantau supaya turun..


 Doktor yang aku jumpa kali ni seorang doktor india pulak..terima kasih la doktor sebab doktor kali ni memang agak jujur la dari doktor-doktor yang aku jumpa sebelum ni..hahaha..ada ke dia yang sarankan aku buat kimo, tapi bila aku tanya dia kimo tu sakit ke tak, selamba je dia cakap

"kimo ni eceli sakit lebih dari sakit"

Dafuq.!!..

Ni memang buat aku makin tak berani la nak kimo ni kan..sebelum ni doktor lain yang aku tanya diorang just cakap takda sakit pon just masuk ubat je..pastu cakap la kesan dia pening, muntah, takda selera makan, rambut gugur, bla..bla..bla...walaupon kat situ pon dah nampak teruk kesannya, tapi takda la jujur sangat kan cakap "kimo ni lebih sakit dari sakit"..doktor ni memang gila..hahahaha...

So aku pon buat lebih pandai dari doktor la kan bila dah dengar dia cakap macam tu..tak maunye aku buat kimo ni..gila apa, aku nak rasa sakit dari sakit yang aku hidap..hahaha..so dengan yakin je la aku bagitau doktor camni..

"saya nak buat sekali lagi tumor marker doktor, lepas ni kalau bacaan tu tinggi jugak baru kimo"

Doktor pasrah jela dengan keputusan aku..hahahaa..so untuk genapkan bacaan yang lepas dari yang terbaru aku mintak buat ni berbeza sebulan..makanya awal september ni aku akan ke makmal HKL lagi buat tumor marker dan 2 minggu selepas tu baru jumpa doktor semula untuk keputusan..harap masa tu bacaan semua dah rendah la..

choww...