Pages

Saturday, August 11, 2012

Batman Dark Knight Rises

assalammualaikum wbt..

Sejak dah pasang streamyx kat rumah ni, aku rasa banyak je nak menulis..maklum la, start ramadan tu hari dah slow sikit aku blogging ye dak..haha..

kali ni aku nak ulas sikit citer yang baru aku tgk tadi..aku tau, dah agak terlambat nak ulas pasal ni..korang pon pasti ada pandangan sendiri lepas tonton cerita tu..cerita batman the dark knight rises..hehe..

Apa boleh buat..walaupon dah 2 minggu tayangan ni keluar..baru harini aku berkesempatan pegi tengok..cerita yang berlangsung lebih kurang 2jam setengah ni bagi aku boleh tahan la..tapi aku lagi kagum dengan cerita yang pertama..

Macam yang aku dah agak..permulaan cerita agak slow..batman pon dah sakit dan bercuti kejap ..apa daaa..bla..bla..bla..sampai akhirnya batman keluar balik kalah plak..tapi biasa la kan..hero kalah dulu..bla..bla..blaa..akhirnya batman jugak la yang dapat selamatkan gotham city dari bom nuklear..

Tapi elemen yang buat aku suka ialah tang jalan cerita yang tak dapat dijangka tu..terutama masa perempuan yang batman percaya tu sebenarnya dalang..adehh..apa nak buat..hero cair lebih dengan perempuan..standard la lelaki kan..hahaha..



Sampai penghujang cerita..disebabkan takda cara lain nak matikan bom nuklear tu..batman terpaksa la bawak bom tu ke tengah laut sebelum meletup dan dapat la dia selamatkan Gotham city dari musnah..lepas tu warga gotham city semua baru la sanjung batman balik selepas batman berkorban "kononnya" untuk selamatkan bandar tu..

Tapi yang aku tak puas hati..why batman tak mati masa bom tu meletup..dia lari celah mana sedangkan dia yang bawak bom tu ke tengah laut..walaupon dia duk 10batu dari letupan tu pon belum tentu selamat..hampeh..nampak sangat nipunya..hahhaa..

Aku punya la tak puas hati pikir camna batman tak mati sampai masa keluar dari wayang tu aku tak berhenti membebel aku kat bini aku sebab ketakpuasan hati aku ni..nak nipu pon bagi la pencerahan sikit macam mana batman boleh terlepas..

Kalau korang nak cakap aku bersifat jahat sebab asik mengharapkan orang baik kalah je tak kisah la..dalam death note pon aku suka watak light yang jahat tu lagi dari L..hahaha..tapi bini aku dengan rilek je jawab kenapa batman tak mati..

"sebab dia batman la"

apakah?..#$%@$#%&^


8 comments:

  1. 1st.. Dia tak mati sebab dia hero..Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak puas hati..hero pon orang gak..mati tetap mati..haha

      Delete
  2. 2nd...bhahahha xkan nk buat hero mati kot nnt xdak la sequel die nnt..klu hero dmatikan tukut jadi mcm kt india sampai sanggup bakar panggung..bhahaha taksub sungguh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku plak rasa nak bakar panggung tu sebab batman tak mati..grrr..

      Delete
  3. Replies
    1. maaf permintaan anda ditolak..aku pon bini belanja..ekeke..

      Delete
  4. aku rasa cite tu lame sgt lol., penat aku tgu bile la nak abes =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon terasa lama gak sbb citer tu tak berapa aksi dan saspen..4/5 bintang je aku bagi..

      Delete